Friday, December 12, 2014

ISDP 2014 - PATHFINDER ROBOT COMPETITION


Assalamualaikum w.b.t,


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilaahi atas nikmat kurnian kesihatan hingga ke hari ini dan masih mampu untuk terus mengemaskini blog rahishan nie. Apa khabar kepada para pengunjung blog rahishan, diharapkan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang yang maha Esa.

Entri kali ini adalah berkisarkan tentang satu pertandingan robot yang disertai oleh para pelajar tahun akhir semester akhir jurusan Electrical and Electronics. Pertandingan yang diberi nama "Pathfinder Robot Competition" ini merupakan intipati daripada subjek wajib yang diperkenalkan buat julung kalinya kepada batch kami iaitu subjek "Integrated System Design Project (ISDP)".

EARLY PREPARATION


GEMBIRA BERSAMA ROBOT MASING-MASING

Pelajar diberikan masa selama dua semester untuk menyiapkan robot untuk dipertandingkan di game field. ISDP buat kali pertama ini menggunakan konsep "Pathfinder Robot" dan objektifnya adalah menghasilkan robot yang mampu mengelak setiap halangan dalam usaha mencari jalan terpantas daripada tempat permulaan ke destinasi.

SERONOK MENGEMASKINI ROBOT

ISDP pada semester pertama lebih menekankan tentang research and design of the robot. Semestinya diselangi dengan presentation berkenaan concept, ideal design, dan bagaimana cara terbaik untuk memprogramkan robot (algorithm) agar memenuhi kriteria dan objektif yang telah ditetapkan. Kami disediakan dengan bahan asas untuk robot seperti base, wheel (motor) and servo motor.

JIKA LETIH, BEREHAT SEKETIKA...LEPAS TU SAMBUNG BALIK

Berbeza untuk semester kedua, para pelajar harus mempraktikkan segala ilmu berkenaan design, algorithm , program dan sebagainya untuk menjelmakan satu robot yang mampu menyempurkan objektif yang telah ditetapkan.


MENJELANGNYA PERTANDINGAN

BER'SELFIE' PADA PUKUL 3 PAGI

Berbaki lebih kurang seminggu sebelum tarikh pertandingan, maka kesemua lapan group bertungkus-lumus menyiapkan robot masing-masing dengan harapan dapat mengelak setiap halangan yang diberikan.

HUJUNG MINGGU DI LAB

Jadi, masa hujung minggu dipenuhi dengan bertandang ke lab yang disediakan bagi memastikan robot yang direka menjadi seperti yang diharapkan. Segala masalah perlu diselesaikan oleh setiap group sebelum bermulanya pertandingan.

GAME FIELD DIBUKA UNTUK TESTING

Tatkala gamefield dibuka sehari sebelum pertandingan untuk tujuan testing, maka para pelajar berpindah dari lab ke tempat pertandingan. Jadi, boleh dikatakan sehari suntuk trouble shooting robot. Semua perkara harus sempurna sebelum bermulanya pertandingan.

FINALIZE APA YANG PATUT SEBELUM PERTANDINGAN

Kalau nak diikutkan, sebenarnya seminggu sebelum pertandingan, para pelajar sudah mula kurang tidur. Mana tidaknya, pergi lab pada waktu pagi dan pulang pada awal pagi hari berikutnya. Namun, itulah yang dikatakan pengorbanan.


COMPETITION DAY

TUAN BLOG NAK POSING KAT BANNER KATANYA

Akhirnya, selepas hampir seminggu tidak cukup tidur semata-mata untuk menyiapkan robot, maka hari yang dinantikan pon tiba, iaitu hari pertandingan. Walaupon pertandingan dimulakan secara rasminya pada jam 11 pagi, namun pada paginya, setiap group harus melakukan presentation kepada panel jemputan luar (daripada INTEL) berkenaan robot mereka seawal 9 pagi.

KETIBAAN PARA PESERTA SERTA DAN JURI

Selepas selesai, baru pertandingan dimulakan. Maka, setiap juri mengambil tempat bagi mengadili setiap kumpulan. Terdapat lapan kumpulan dengan rekaan robot masing-masing.

TESTING ROBOT DULU

Tatkala menunggu acara untuk dimulakan, semestinya kesempatan waktu yang ada digunakan untuk menguji robot buat terakhir kalinya sebelum pertandingan dimulakan. Terdapat 3 pusingan iaitu, Qualifying round, semi-final dan final. Seperti yang diberitahu, jika sampai ke peringkat final, semestinya A atau A- sudah dijamin. Pertandingan ini menyumbang 20% daripada keseluruhan course marks.

TEMPAT PARKING ROBOT

Sebaik sahaja pertandingan dimulakan secara rasmi, maka kelapan-lapan group harus meletakkan robot ciptaan mereka di tempat parking lot. Boleh lihat pelbagai jenis design serta berbeza pendekatan yang diambil oleh setiap kumpulan. Ini yang dipanggil kreativiti berbeza mengkut kumpulan.

MENGANALISIS PERGERAKAN ROBOT

Dua gamefield yang disediakan (diberi nama Venus dan Mars) untuk qualifying round. Jadi, selepas hampir 2 jam qualifying round dilangsungkan, maka kami diberikan rehat sebelum berlangsungnya pusingan semi-final. Daripada lapan kumpulan, hanya satu kumpulan sahaja yang tersingkir dan selebihnya mara ke pusingan seterusnya.

LUNCH PROVIDED - THANK YOU

Selepas rehat, makan dan solat zohor, maka bersambung lagi pertandingan robot untuk pusingan semi-final dan final. Untuk kali ini, gamefield Mars telah dipilih. Maka setiap group yang telah mara harus memastikan robot mereka mampu bergerak daripada tempat permulaan ke destinasi yang telah ditetapkan. Semestinya round semi-final adalah lebih mencabar daripada sebelumnya.

PERBINCANGAN ANTARA JURI YANG HADIR

Dengan berbekalkan empat nyawa dan 3 kali restart, maka pusingan semi-final dilangsungkan. Ada kumpulan yang berjaya mengharungi halangan pada percubaan pertama sahaja. Namun, ada juga yang terpaksa menggunakan restart dek kerana robot mereka sesat dalam game field ataupon tidak berfungsi seperti mana yang diharapkan.

TESTING LAGI ROBOT SEMESTINYA

Yang menariknya, kesemua 7 kumpulan layak ke pusingan akhir. Jadi, semestinya pusingan akhir yang ditunggu-tunggu oleh setiap para pelajar kerana disini kita mahu lihat kumpulan manakah yang berjaya menyempurkan halangan di final round.

OBSTACLES PADA PUSINGAN AKHIR

Gambar diatas merupakan halangan bagi pusingan terkhir. Terdapat 15 obstacles yang terdiri daripada cube, rectangle, pyramid, cone dan juga cylinder. 

COORDINATOR COURSE SEDANG MEMBERI PENERANGAN BERKENAAN PERATURAN

Berbeza dengan pusingan qualifying dan juga semi-final, pusingan final menetapkan sedikit perubahan dari segi peraturan. Untuk pusingan akhir, robot mestilah kembali ke tempat permulaan selepas sampai ke destinasi yang dituju.

Ini bermakna, robot haruslah bermula daripada tempat permulaan terus ke destinasi dan kembali ke tempat permulaan disamping mampu mengelak setiap halangan yang telah diletakkan.

Berikut adalah gambar beberapa kumpulan ketika mengharungi pusingan akhir. Mari kita lihat dibawah. (Tuan blog tak sempat nak ambil gambar untuk semua group)

PELAJAR DAN JURI MEMERHATIKAN DENGAN PENUH HARAPAN

PUSINGAN FINAL MENJADI TUMPUAN

Pusingan akhir adalah pusingan yang paling sukar semestinya. Menyaksikan hampir kesemua kumpulan tidak berupaya menyempurnakannya. Ada antara robot yang sesat, tersangkut roda di obstacles, melanggar dinding (wall) dan sebagainya. Jika melanggar obstacles sehingga bergerak, time penalty 20 saat akan diberikan.

Akan tetapi, hanya terdapat satu group sahaja yang mampu mengharungi pusingan final ini. Tahniah kepada mereka. Daripada 7 robot yang bertanding, hanya satu robot sahaja yang berjaya bermula dan kembali ke petak permulaan selepas sampai ke destinasi disamping mampu mengelak setiap halangan yang diletakkan.

HEAD OF EE DEPARTMENT MENYAMPAIKAN UCAPAN

Selepas selesai kesemua robot yang bertanding, maka acara penutup dijalankan. Hanya tiga tempat terbaik sahaja diberikan hadiah. Selain daripada satu kumpulan yang berjaya menyempurnakan halangan di peringkat akhir, baki dua kumpulan dipilih berdasarkan grid terjauh yang mampu dicapai oleh robot.

Tahniah kepada mereka yang berjaya. Tahniah juga kepada semua pelajar yang turut sama menjayakan competition ini.

JUARA PERTANDINGAN - WINNER GROUP 3

SECOND PLACE GOES TO GROUP 1
THIRD PLACE GOES TO GROUP 7

Maka dengan ini berakhirlah main event untuk ISDP course iaitu Pathfinder Robot Competition 2014. Terima kasih kepada course coordinator atas segala persiapan untuk memastikan yang terbaik untuk kami para pelajar. Terima kasih kepada komitee khususnya yang turut membantu menjayakan pertandingan ini. Terima kasih kepada tetamu kehormat yang sudi berkunjung ketika pertandingan ini berlangsung.

GEMBIRA SELEPAS SEMUA SUDAH SELESAI

MY GROUP 5 (R.Y.A.N) - WITH EE HOD WHICH ALSO OUR CO-SUPERVISOR

EVENT : PATHFINDER ROBOT COMPETITION 2014
DATE : 11 DECEMBER 2014 (THURSDAY)
VENUE : BADMINTON HALL UTP

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengharungi pertandingan ini sehingga ke peringkat akhir. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya, Group 5 (R.Y.A.N) atas kerjasama anda terhadap saya sepanjang kita bersama-sama bekerja untuk menyiapkan robot. Maaf jikalau ada terbuat salah dan silap yer.


TUAN BLOG PUNYA GROUP ROBOT - R.Y.A.N NAMANYA..HAHA
~Sampai disini dahulu entri buat kali ini, insyaAllah bertemu lagi dalam entri-entri akan datang. Banyak lagi entri yang hendak ditulis, tetapi kekangan masa kekadang memberi batasan. Apa-apapon, terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog rahishan nie. Terima kasih banyak-banyak. 

Nota Hati : Jika tidak keberatan, jikalau entri ini macam best je kan, mohon tekan button like and share yer. Thanks.

Akhir kalam, Assalamualaikum w.b.t dan semoga bertemu lagi. Senyum selalu (^_^) ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...