Wednesday, January 21, 2015

ADIOS, SELAMAT TINGGAL UTP


Assalamualaikum w.b.t,

Terasa begitu lama tidak mengemaskini blog rahishan.com ini. Diharapkan kepada para pengunjung yang sudi meneroka blog ini terjumpa dengan sesuatu yang bermanfaat.

Entri kali ini, lebih berkisarkan kepada moment terakhir saya di UTP bersama-sama dengan beberapa orang rakan saya.

Kebiasaannya, tatkala menjelang sesi pengakhiran semester terakhir di UTP, pastinya ramai pelajar yang suka mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Kami pon nak buat macam itu juga la.


Bergambar latar belakang kereta F1 di IRC

Rekaan IRC Seakan-Akan Pelantar Minyak

Bergambar di court Tennis pula

Gembira Kegirangan dan Melompat

Selepas selesai mengambil gambar di sekitar IRC (Information Resource Center) serta di court tennis, jadi kami pon meneruskan perjalanan mengambil gambar kenang kenangan di tasik dan gate UTP. Tempat wajib bagi pelajar UTP mengambil gambar sebelum meninggalkan UTP.


Berdiri di atas landmark UTP

Masih berhampiran pintu masuk UTP

Bergambar berhampiran tasik

Posing Tangan di Telinga

Gambar Yang Paling Sukar untuk Diambil, Kena Angkat dan Tahan 10 saat

Posing Bajet Hensem Semuanya

Posing Macam Cover Album ^_^
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bersama-sama pusing UTP dan ambil gambar kenangan. Kepada mereka yang masih berada di UTP, teruskanlah perjuangan anda. Kepada yang lain, teruskan kehidupan kerjaya anda dan jadilah engineer yang berguna kepada semua masyarakat di luar sana. Pesanan dituju buat diri sendiri juga.

Bergambar Dengan Pak Guard Berdedikasi, Abang Tarmizi..
~Begitu banyak kenangan sepanjang pembelajaran aku di UTP. Bermula daripada tarikh pendaftaran (16 Januari 2010) sehingga sekarang Januari 2015, terlalu banyak ilmu yang aku peroleh perihal akademik, pengurusan, sosial dan sebagainya. 

Banyak memori indah bersama rakan-rakan selama aku menjalani satu tahun foundation dan empat tahun engineering jurusan elektrikal dan elektronik. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada para guru, lecturer dan rakan yang memberi tunjuk ajar. Tidak dilupakan kepada kedua ibu bapa yang disayangi atas berkat doa dan sokongan yang tidak terhingga. 

Terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian semua tidak akan ku lupa.~

-Hidup Harus Diteruskan, Semoga Perjalanan Di Alam Kerjaya Memberi Satu Sinar Harapan Baru Terhadap Diri-

Akhir Kalam, Assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...