Friday, January 23, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015 - CORETAN UNTUK DIRI


Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2015 memandangkan kini masih bulan Januari. Alhamdulillah, tahun januari juga bererti ulangtahun pertama blog rahishan.com. Secara jujurnya, diri ini sendiri tidak menyangka akan mampu menghasilkan satu blog yang mampu bertahan selama hampir satu tahun dengan lebih daripada 50 entri.

Tahniah diucapkan kepada diri sendiri kerana berjaya menulis sebanyak 70 entri dan telah pon mencecah hampir 5000 lebih page views selama hampir setahun kelahiran blog rahishan.com. Secara jujurnya, terdapat beberapa lagi entri on the waiting list, beberapa entri yang tidak sempat untuk ditulis. InsyaAllah, tahun 2015 semestinya akan cuba menghabiskan kesemua entri yang tergendala itu. Doakan yer. Ameen.

Diri sendiri tidak menyangka blog yang diwujudkan pada asalnya untuk tujuan bisnes serta perkongsian hidup mengenai perkara-perkara yang menarik yang dirasakan mampu mendatangkan manfaat boleh bertahan selama setahun. Mungkin dengan menulis serta berkongsi, diri ini merasa sesuatu kepuasan dalam diri. Orang cakap self-satisfaction gitu.


Tanpa keazaman yang tinggi, pastinya tidak akan terhasil 70 entri serta 5000 lebih page view. Mungkin rata-rata telah pon mengenali blog rahishan.com ini, semestinya pengenalan adalah di kalangan kenalan admin. (Siapa yang tidak add admin di FB, silakan add saya yer, tidak salahnya untuk kita saling berkenalan). Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan beribu-ribu dan berjuta-juta terima kasih kepada mereka yang sudi tekan butang like FB, share dan semestinya kepada mereka yang senantiasa tidak jemu berkunjung ke blog rahishan.com ini, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

Untuk tahun 2015, semestinya admin mahu terus menulis serta berkongsi dengan pembaca serta rakan taulan mengenai seberapa banyak ilmu yang dirasakan bermanfaat. Tidak dilupakan, memandangkan blog rahishan.com ini juga bersifat peribadi, pastinya kenangan-kenangan manis bersama-sama keluarga serta sahabat turut akan disemadikan di blog keramat ini. Janji dibuat untuk diri sendiri juga, bahawa akan berusaha sehabis baik untuk sentiasa terus dan terus dan terus menulis di blog keramat ini, InsyaAllah. (Sesiapa yang membaca mohon doakan juga yer..terima kasih).


Tulisan entri kali ini juga merupakan coretan untuk diri sendiri juga. Tidak salah sebenarnya mengucapkan tahniah kepada diri sendiri terhadap sesuatu kejayaan yang telah dicapai. Itu adalah antara teknik untuk memberitahu diri bahawa sesuatu kerja itu layak dihargai walaupon oleh diri sendiri. 

Apa-apapon, terima kasih kepada semua insan yang sudi berkunjung ke blog rahishan.com ini. Saya amat-amat menghargainya. InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dan menulis selagi hayat dikandung badan. Kekadang terasa seronok juga menulis kerana salah satu cara untuk menyampaikan emosi kita adalah melalui penulisan. Terima kasih sekali lagi.

Akhir kalam, terima kasih kerana sudi berkunjung dan Assalamualaikum w.b.t.


AZAM BLOG RAHISHAN.COM TAHUN 2015:

1 - BANYAKKAN BERKONGSI BERKENAAN ILMU DI BLOG.
2 - BACA BANYAK BUKU, HABISKAN DAN KONGSI DI BLOG.
3 - TINGKATKAN PAGE VIEWS KEPADA 10,000 INSYAALLAH.

AMEEN YA RABB.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...