Wednesday, February 4, 2015

PERCUTIAN PARA PENGANGGUR DI PENANG


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan kesihatan yang baik serta masa yang berkualiti. Entri kali ini lebih menceritakan mengenai perjalanan saya serta rerakan yang masih menganggur ke Penang.
Tujuan asal saya serta beberapa sahabat lain ke Penang adalah untuk memenuhi undangan perkahwinan seorang daripada rakan kami iaitu Nur Izmira yang juga merupakan classmates dan rakan satu batch UTP. Tetapi alang-alang dah sampai Penang, mesti nak jalan-jalan makan angin punya.

Jadi, terasa rugi apabila datang ke Penang tapi tidak berjalan-jalan menikmati pemandangan menarik di Penang ini. Rancana perjalanan kami bermula dengan berkunjung ke IzzVilla yang terletak di Kulim Golf & Country Resort, Kulim bagi menghadiri majlis perkahwinan Nur Izmira dan pasangannya.

JEJAKA UTP MENUJU KE RUMAH PENGANTIN
SELFIE DULU SEBELUM PERGI JUMPA PARA MEMPELAI
Memang seronok berkunjung ke rumah rerakan kita yang berkahwin sebenarnya. Terasa teruja kerana pengantin perempuan merupakan antara rakan kami yang kahwin awal. Sebaik sahaja terus tamat belajar, terus kahwin, murah rezeki betul.
ANTARA RAKAN UTP YANG TURUT HADIR DI MAJLIS INI
TUMPANG AMIK BERKAT PENGANTIN SIKIT..
BERGAMBAR DI DEPAN KEDIAMAN IZZVILLA SEBELUM PULANG
DAN MEREKA JUGA MAHU BERGAMBAR...
Saya mewakili rerakan UTP yang lain mengucapkan Selamat Pengantin Baru khas buat Nur Izmira dan pasangannya, 'Ali. Semoga berbahgia hingga ke akhir hayat dan sentiasa murah rezeki, InsyaAllah. Terima kasih kepada tuan rumah kerana menjamu makanan yang memang sedap dan terbaik di majlis kenduri ini. Alhamdulillah, kenyang.

ANTARA MENU YANG MENCURI TUMPUAN, KAMBING GRILL..HAHA..SEDAP BAK HANG.!

DAN KAMI PON BERPISAH DAN MEMBAWA HALUAN MASING-MASING

Selepas sahaja tamat menghadiri majlis perkahwinan, maka kami pon kembali ke tempat penginapan masing-masing. Ada diantara rakan saya yang terus kembali ke KL, ada juga yang menetap di homestay sekitar Penang. Tapi, saya dan beberapa sahabat lain menetap di rumah seorang daripada rakan kami yang juga tidak jauh daripada situ, Alhamdulillah.

Maka, tatkala berehat sambil berbincang-bincang akan perancangan selanjutnya untuk dilakukan, jadi tuan rumah bersetuju membawa kami ke satu lokasi menarik bagi melihat matahari terbenam. Tempat matahari terbenam itu diberi nama Pantai Bersih di Butterworth.

Hajat di hati mahu melihat saat terbenamnya matahari, tetapi tidak ada rezeki nak lihat terbenamnya matahari kerana sampai sedikit lambat ke lokasi yang strategik. Jadi, dapat lihat matahari selepas terbenam sahaja, tetapi masih cantik.

MASIH CANTIK SINAR KEMERAHAN MATAHARI TERBENAM

SUNGGUH CANTIK MENIKMATI AKAN KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN

BERPOSING DAN TANGKAP GAMBAR DI LOKASI STRATEGIK BERHAMPIRAN LAUT

WAJIB SELFIE DI BERLATAR BELAKANGKAN MATAHARI TERBENAM

SELFIE RERAMAI PON BOLEH JUGA..
Maka, setelah menunaikn solat jama' maghrib dan isya'  di surau berhampiran dengan Pantai Bersih, jadi kami pon bersedia untuk menuju ke lokasi seterusnya iaitu ke Permatang Pauh. Tujuan utama ke Permatang Pauh kerana mahu merasa akan kesedapan Char Kuey Teow disamping bertemu dengan beberapa rakan UTP yang masih berada di Penang.

MUKA-MUKA LAPAR MENANTIKAN CHAR KUEY TEOW

MUKA KEKENYANGAN SELEPAS MENIKMATI CHAR KUEY TEOW

NIE PON MUKA-MUKA LAPAR JUGA, TETAPI PANDAI COVER..
Jikalau anda perasan, dalam gambar di atas boleh dilihat betapa ramainya orang yang makan Char Kuey Teow disini. Memang ramai, memang meriah. Kami terpaksa duduk berasingan kerana terlalu ramai orang. Harga Char Kuey Teow hanya RM 5.00 bagi pinggan bersaiz besar. Saiz standard RM 4.00 jer.

MEMANG NAIK SELERA TENGOK CHAR KUEY TEOW NIE..SEDAPPP...
Selepas menikmati Char Kuey Teow yang sungguh sedap, makan sampai licin pinggan, jadi kami pon beransur pulang ke rumah penginapan sementara di Kulim. Jadi, daripada Permatang Pauh, kami kembali ke Kulim. Disini juga, kami berpisah dengan rerakan UTP yang lain.

Sebaik sahaja sampai di rumah, kami disajikan pula dengan mee kari masakan tuan rumah. Murah rezeki, jadi kerja kami pon makan sahajalah. Alhamdulillah.

REZEKI SUPPER DENGAN MEE KARI...TERBAIK

KEESOKAAN HARINYA

BREAKFAST DI PAGI HARI
Keesokkan harinya, apabila kami bangun sahaja daripada tidur, kami semua dijamu pula dengan bihun goreng. Memang sedap, terima kasih kepada tuan rumah kerana menyediakan makan pagi buat kami semua. Alhamdulillah, semoga murah rezeki tuan rumah.

Jadi, selepas bersarapan, kami bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu Bukit Bendera atau dalam bahasa inggerisnya di panggil "Penang Hill". Rasanya, kali terakhir berkunjung ke tempat ini adalah ketika masih bersekolah rendah. Jadi, ini adalah kali kedua saya berkunjung ke sini. Ada juga diantara kami yang pertama kali berkunjung ke Bukit Bendera ini.

BERGAMBAR DI HADAPAN PINTU LUAR BUKIT BENDERA

SELFIE ADALAH KEWAJIPAN..HAHAHA

INI PULA DIBAHAGIAN HADAPAN SEBELUM MASUK
Kami sampai di Bukit Bendera sekitar jam 9.45 pagi, jadi tidak ramai pengunjung lagi di saat itu. Jadi, kami pon tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket dan menaiki kereta api atau KOC ke bahagian atas Bukit Bendera.

SENANG BELI 10 TIKET SEKALIGUS
Kami hanya perlu membayar RM 3.30 seorang untuk menaiki KOC ke atas. Mungkin ada promosi beli banyak dapat murah rasanya. Jikalau tidak silap, harga standard bagi pelajar universiti adalah RM 4.00.

EXCITED SEMUA SEBELUM MENAIKI KOC

INILAH KOC YANG TELAH DI UPGRADE DARIPADA DULU

DALAM KOC PON SEMPAT SELFIE GAMBAR JUGA
Apabila menaiki KOC ke bahagian atas, semestinya pandangan yang menarik adalah di bahagian hadapan. Apabila turun pula, semestinya pandangan yang menghala ke bawah adalah tempat pilihan. Baru akan rasa macam naik "roller coster".

KOC yang baru ini, memang laju berbanding dahulu. Rasanya, kurang daripada lima minit sudah boleh sampai ke bahagian atas. Memang cepat. Jikalau dulu, rasanya, da juga 15 minit untuk sampai ke atas.

SERONOK SAMPAI DI BAHAGIAN ATAS BUKIT BENDERA

SELFIE DI HADAPAN GUARD HOUSE
Suasana di atas Bukit Bendera ini sungguh dingin. Walaupon ketika kami sampai matahari telah pon menunjukkan sinar, tetapi tidak terasa sangat akan kepanasannya. Kami pon terus meneroka hampir ke setiap pelusuk Bukit Bendera ini.

TERDAPAT JUGA MASJID DI ATAS BUKIT BENDERA NIE

BERGAMBAR DENGAN MERIAM - ARTIFAK TINGGALAN SEJARAH

SELFIE DI TANGGA

LAGI GAMBAR DI MERIAM
AYUH KITA BERGERAK KE HADAPAN..YEAH..!!
Seterusnya kami bergerak pula ke tempat yang terdapat banyak "pad lock" ditinggalkan disitu. Tempat yang saya gelar sebagai "Kunci Cintamu Di Pagar Hatiku". Bukan apa, memang banyak "pad lock" yang ditinggalkan disitu dengan tulisan nama pasangan.

BANYAK BETUL KUNCI MANGGA YANG DITINGGALKAN
PENUH MANGGA DI BELAKANG TU..
Lain kali, jikalau berkunjung ke Bukit Bendera dan ingin tinggalkan mangga dengan ukiran nama anda, boleh la bawa siap-siap dari rumah. Kalau nak beli mangga kat tempat ini, memang mahal la jawabnya.

POSING BUAT BENTUK "LOVE"..HAHAHA

SIAP ADA TULISAN "LOVE" BESAR LAGI
KEMUDIAN, BERGAMBAR PULA DI HADAPAN OWL MUSEUM....
POKOK PERIUK KERA PON ADA JUGA..HAHA
Seterusnya, perjalanan di teruskan ke tempat dimana paling strategik untuk melihat keseluruhan kawasan Pulau Pinang. Memang cantik. Jambatan pertama dan kedua turut dapat dilihat di kawasan ini.

BOLEH LIHAT HAMPIR KESELURUHAN PULAU PINANG
BERGAMBAR DI LANDMARK "BUKIT BENDERA"
POSING BERLATAR BELAKANGKAN PULAU PINANG 
REHAT-REHAT SAMBIL MENIKMATI PEMANDANGAN
NAMPAK MUKA KELETIHAN SEBAB ASYIK BERJALAN JER...HAHA
Setelah hampir 2 jam berjalan-jalan, menikmati pemandangan dan mengambil gambar sekitar Bukit Bendera, sudah sampai masanya untuk kita isi perut yang kosong. Apa lagi, terus membuat keputusan untuk makan di "foodcourt" yang berhampiran. Pada pengamatan saya, harga adalah biasa untuk hidangan bergoreng. Kalau makan "dessert" akan jadi mahal sikit bergantung kepada pilihan.

MAKAN NASI GORENG JER....BOLEH LA...

SAMBIL MAKAN SAMBIL BINCANG NAK KEMANA LEPAS NIE..
Selepas makan, maka kami semua pon bersedia untuk turun kembali daripada Bukit Bendera untuk ke lokasi seterusnya. Sebenarnya, selepas berbincang, kami semua bersetuju untuk ke Quensbay Mall.

SEBELUM TURUN, SEMPAT LAGI AMBIL GAMBAR DI WALL "PENANG HILL"
DALAM KOC PON SELFIE JUGA - TATKALA NAK TURUN
Apabila sampai dibawah, jam sekitar 12.45 tengah hari dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati begitu ramai orang beratur untuk membeli tiket dan menaiki KOC. Memang panjang sampai ke luar kaunter tiket. Mungkin kerana pemandangan di kala waktu petang lagi cantik rasanya.

RAMAI BETUL YANG BERATUR..
Hajat di hati untuk pergi ke Queensbay Mall, akan tetapi di saat mengetahui parking penuh, jadi kami menukar haluan ke masjid berdekatan bagi menunaikan solat zohor dan asar secara jamak. Sambil berehat-rehat selepas solat, kami meneruskan perjalanan ke persiaran Seagate di Bayan Lepas untuk berehat dan makan-makan di tepi pantai.

BOLEH DILIHAT JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
Selepas makan-makan di sekitar kawasan tepi pantai, jadi, perjalanan pulang di teruskan ke rumah penginapan. Jadi, kami semua bersetuju untuk kembali ke Kulim dengan menaiki feri. Jadi, perjalanan diteruskan ke Terminal Feri, Georgetown.

LEPAS PARKING KERETA, BOLEH MENIKMATI PEMANDANGAN..

LIHAT DI SANA, CANTIKKAN..HAHAHAHA..

DAN SEMUA MELIHAT KE ARAH LUAR FERI..
Dalam perjalanan pulang, ternampak pula signboard "Jeruk Madu Pak Ali", jadi kami pon membuat persetujuan untuk berhenti seketika untuk beli jeruk madu. Banyak juga jeruk yang diborong. Boleh buat sourvenir pulang ke rumah nanti.

MACAM-MACAM PILIHAN JERUK ADA...MEMANG SEDAP...
Sebaik sahaja sampai di rumah, telah sampai masanya untuk makan malam. Jadi, telah dipersetujui untuk kami semua makan malam di kedai sebelum semua membawa haluan masing-masing.

SEMUA SEDANG MENIKMATI HIDANGAN MASING-MASING

SEDAP SAMPAI SEMUA FOKUS JE MAKAN..
Selepas makan, maka ada diantara kami terus pulang ke UTP sebelum meneruskan perjalanan ke KL pada keesokkan harinya. Bagi saya, saya masih bermalam di rumah kawan saya dan saya kembali ke Gerik juga pada esoknya. Jadi, selepas makan kami semua berpisah.

SEDAP MAKAN MALAM NIE - TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Berjuta-juta ucapan terima kasih khas buat Zulrahimi Zamri dan keluarga kerana menyediakan tempat tinggal buat kami semua. Malah, kami semua dijamu dengan makanan yang begitu sedap serta diberi layanan yang sungguh istimewa. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.


EVENT : PERCUTIAN DI PENANG
TARIKH : 31/1/2015 & 1/2/2015
TEMPAT : KULIM DAN SEKITAR PENANG


~Jadi, setakat dulu entri kali ini. Entri berkisarkan pengalaman saya dan rerakan menghadiri majlis perkahwinan rakan kami serta sedikit sebanyak perjalanan kami semua di sekita Penang. InsyaAllah, bertemu lagi dalam entri akan datang. Entri yang menceritakan mengenai peribadi, ilmu, bisnes dan sebagainya InsyaAllah. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan manfaat kepada para pembaca.

Akhir kata, Assalamualaikum w.b.t ~

[mohon jasa baik kepada rerakan saya yang berkunjung ke blog ini untuk tekan button FB like yer...boleh bagi semangat kat saya untuk terus menulis..terima kasih..!!]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...