Wednesday, February 11, 2015

PERNIAGAAN - FB VS BLOG, NAK PILIH YANG MANA ?


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, diberi kesihatan dan kesempatan untuk terus menulis di blog keramat. Diharapkan kepada para pengunjung yang sudi datang ke blog ini akan terjumpa sesuatu yang bermanfaat.

Kali ini izinkan saya untuk berkongsi satu topik yang pada pandangan saya memang menarik. Semestinya, entri yang ditujukan khas kepada para peniaga diluar sana, tidak kiralah anda berniaga apa jenis barang dan produk sekalipon.
FB ke BLOG nie??
Untuk tujuan promosi, social media atau medium manakah yang terbaik untuk menghebohkan serta memberitahu akan sekalian alam mengenai perniagaan kita. Adakah FB atau BLOG yang menjadi pilihan?. Jadi, suka disini untuk saya menyenaraikan perbandingan penggunaan antara blog dan FB serta kekurangan dan kelebihan masing.

Jikalau hendak diikutkan, saya bukanlah orang yang arif sangat akan perihal ini. Namun, saya menulis berdasarkan pengalaman serta apa yang sering diceritakan oleh sifu-sifu saya. Jadi, suka untuk saya berkongsi di blog saya, manalah tahu mungkin ada orang akan mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Alhamdulillah.

Yang MANA SATU Nak Pilih Nie??
Berbalik kepada topik perbincangan, antara FB, BLOG dan social media yang lain, yang manakah yang terbaik untuk digunakan sebagai platform untuk menguar-uarkan perniagaan kita. Secara jujurnya, antara FB atau BLOG, saya semestinya akan memilih BLOG sebagai medium perniagaan saya. Kenapa?

Jadi, disini suka untuk saya memberikan 3 asbab mengapa saya pilih BLOG berbanding FB atau yang lain.

1 - Saya rasa semua orang tahu bahawa boleh dikatakan hampir setiap orang mempunyai akaun FB tetapi tidak semua orang mempunyai BLOG. FB dimiliki oleh Mark Zuckerberg dan BLOG dimiliki oleh Google (atau wordpress dan seangkatan dengannya). 

Dalam dunia serba moden ini, semua perkara dihujung jari sahaja. Pada kadar kebanyakkan, manusia akan menggunakan medium Google untuk mencari pelbagai perkara seperti pakaian, tempat makan menarik dan sebagainya. Jarang sekali, seseorang itu akan menggunakan FB untuk mencari maklumat. Jadi, kadar kebarangkalian untuk seseorang itu berjumpa dengan perniagaan anda adalah di BLOG dan bukannya FB.

Dah tu, takkan cari sahaja, mesti la ada niat nak beli kan.?..Senang kalau pelanggan yang cari peniaga dan bukan sebaliknya.

LAGI, APA LAGI..??
2 - Jadi, apabila mencari menggunakan Google, memang ada kebarangkalian akan terjumpa dengan perniagaan anda. Atau dalam erti kata lain adalah, blog anda dimana anda menceritakan segala perihal perniagaan anda disitu. Sila ambil perhatiaan disini, siapa yang mencari siapa?

Semestinya, orang yang perlukan khidmat anda akan mencari anda. Bukannya, anda mencari mereka untuk menjual atau menjadikan mereka sebagai pelanggan anda. Semestinya disini, mereka yang datang kepada anda adalah orang yang sudah hampir pasti memerlukan perkhidmatan anda. Anda hanya perlu memenuhi kehendak mereka sahaja.

Berbeza dengan pelanggan yang datangnya daripada FB. Kita sebagai peniaga akan mempamerkan produk kita di FB misalnya, mereka yang terdiri daripada rerakan FB kita ternampak akan post kita dan berminat. Istilah "minat" disini tidak sentiasa bermaksud minat untuk membeli, tetapi mungkin hanya minat untuk mengambil tahu sahaja. Ini kerana, di FB, kita mungkin menayangkan produk yang tidak diperlukan oleh seseorang itu.

Jadi, pilihan antara pelanggan yang mencari peniaga dan peniaga yang mencari pelanggan, yang mana lagi best. Jikalau saya, semestinya saya suka orang yang perlukan bantuan (perkhidmatan) saya mencari saya. Hehe..Senang nak jual semestinya..
OOO...MACAM LOGIK JUGA YER..
3 - Dari segi content dan pengurusan, saya lebih suka BLOG berbanding FB. Kenapa?. Ini kerana post yang kita lakukan di BLOG sungguh senang untuk dicari balik. Malah, ianya sungguh mesra pengguna kerana postnya sungguh tersusun. Bayangkan jika menggunakan FB, nak cari balik post yang seminggu lepas rasanya sungguh sukar. Nak kena scroll newsfeed banyak kali, itu belum tentu dapat jumpa lagi. 

Jadi, dengan adanya BLOG, senang dan mudah untuk melakukan proses pencarian. Yang lagi bestnya, content di BLOG bersifat kekal. Jadi, memang senang la nak buat rujukan untuk diri sendiri malah untuk customer kita. Memang mudah.

Jadi, 3 sebab mengapa saya lebih suka BLOG untuk perniagaan adalah kerana BLOG menyebabkan pelanggan yang cari peniaga, tendency untuk close-sell memang tinggi dan content BLOG memang senang untuk dicari dan dijadikan sebagai rujukan serta bersifat kekal.

Jadi, saya telah menyatakan tiga sebab mengapa saya suka BLOG untuk menjalankan perniagaan. Pada pandangan saya, semua peniaga di luar sana wajib mempunya BLOG untuk melakukan perniagaan.

Jadi, sampai disini dulu entri buat kali ini. Semoga berjumpa lagi dalam entri-entri akan datang. Akhir kalam, Assalamualaikum dan senyum senantiasa. ^_^

===============================================


Tak tahu bagaimana untuk setup BLOG, boleh roger saya. InsyAllah saya akan bantu dengan gembiranya untuk setup BLOG perniagaan anda. ^_^

KHAS UNTUK MEREKA YANG MASIH TIDAK MENDAPATKAN e-BOOK KISAH MOTIVASI PERNIAGAAN, DAPATKAN SECARA PERCUMA DI LINK DIBAWAH.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...