Wednesday, March 18, 2015

INTERVIEW SYARIKAT TELECOMMUNICATIONS



Assalamualaikum w.b.t,

Entri kali ini adalah berkisarkan tentang perjalanan pendek saya dan rakan-rakan menjalani interview di Technology Park Malaysia. Ini adalah pengalaman pertama saya di interview. Nervous juga la.

Mendengar Briefing Sebelum Interview
Kami diterangkan secara ringkas berkenaan program yang bakal kami lalui. Ianya seakan-akan satu program khas ataupon training sebelum menempuhi alam pekerjaan. Training yang dijadualkan selama sebulan memberi pendedahan ilmu tentang telecomunication serta kerja- kerja yang berkaitan dengan RF (radio frequency) Engineer.

Muka Gembira Selepas Habis Interview
Selepas diterangkan serta diberi kefahaman tentang apa yang kami akan lalui jika layak interview, maka tiba masanya untuk interview dijalankan. Pada pendangan saya, interview akan dijalankan seorang demi seorang ataupon berkumpulan, tetapi interview ini adalah interview jenis bertulis.

Terdapat tiga jenis kertas (seakan-akan test) yang perlu kami jawab dalam masa yang telah ditetapkan. Interview bertulis ini merangkumi soalan IQ, english dan juga teknikal. Soalan IQ dan english hanya memerlukan kemahiran berfikir, tetapi soalan teknikal melibatkan ilmu yang begitu tinggi berkaitan telecomunication. Nasib baik soalan objektif, jadi faham-faham sendirilah kalau soalan yang tak tahu tu kan. (Tembak sahaja la..)

Geng-Geng UTP Berselfie Selepas Interview
Sesi pagi interview yang bermula pada 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengah hari memberi pendedahan sedikit sebanyak terhadap kami semua mengenai kehidupan sebagai seorang RF engineer. Memang mencabar dan memang memerlukan ketahanan yang tinggi. Mana tidaknya, kerja bukan di dalam office tetapi di luar office, lebih spesifiknya dalam kereta. Langkah permulaan sebagai seorang RF engineer adalah menjadi Drive Test Engineer yang memerlukan seseorang itu untuk bekerja di dalam kereta sambil menganalisis network coverage di sesuatu lokasi yang telah ditetapkan. Agak mencabar juga tu.


Semoga Berjumpa Lagi TPM
Apa-apapon, kami memang bersyukur dengan peluang yang datang. Interview ini memang memberi pendedahan serta pengalaman terutamanya bagaimana sesuatu interview itu dilakukan disamping dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru dan semestinya mengenali bidang baru (telekomunikasi), berbeza daripada bidang yang telah kami semua ambil di UTP iaitu power dan instrumentation.


EVENT : INTERVIEW FOR GRADUATE EMPLOYABILITY PROGRAMME (TALENTCORP MALAYSIA)
DATE : 25 FEBRUARY 2015 (WEDNESDAY)
VENUE : TECHNOLOGY PARK MALAYSIA


Sengaja saya kongsikan kenangan interview bersama-sama dengan rakan-rakan UTP, semoga menjadi memori yang kekal abadi. Setakat ini dahulu entri untuk kali ini, semoga bertemu lagi dalam entri-entri akan datang. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog rahishan dot com.

Terima kasih banyak-banyak. Akhir kalam, Assalamualaikum w.b.t.

~Ketika entri ini ditulis, kelima-lima kami telah pon berjaya dan layak untuk menyertai training ini selama sebulan, namun hanya empat daripada kami menyertainya~ 

1 comment:

  1. Oh..budak Ace Training jugak eh..hahaha..patut la jd DT..anak2 buah Fathi la ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...