Tuesday, March 10, 2015

PERCUTIAN KELUARGA KE LANGKAWI


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas berkat masa, kesihatan dan keluarga yang bahagia. Satu lagi entri peribadi berkisarkan percutian keluarga saya ke Langkawi. Dah lama benar rasanya tak bercuti bersama-sama dengan keluarga. Jadi entri ini khusus untuk keluarga yang sederhana besar Ramlee dan Rahimah.

DAN PERJALANAN PUN BERMULA

Setia Menanti Kedatangan Feri
Kisah perjalanan bermula dengan pengembaraan tiga biji kereta dari Perak ke Penang untuk mengambil abang sulung saya dan keluarganya. Perjalanan hampir satu jam setengah itu diteruskan dengan perjalanan tiga jam yang sungguh memenatkan ke terminal feri Kuala Perlis. Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi sebaik sahaja kami sampai di terminal feri.

Mata Sepet Amik Selfie Jam Dua Pagi
Perjalanan diteruskan ke homestay bagi bermalam sebelum menaiki feri ke Langkawi pada keesokan harinya. Walaupon jam menunjukkan masa 2.15 pagi, tetapi terima kasih kepada Encik Abdul Ghani, kami dapat homestay dengan harga diskaun. (Ada talian persaudaraan, dia bagi diskaun sikit, alhamdulillah.)


AYUH KITA KE LANGKAWI

Bergambar Depan Homestay
Perjalanan dari homestay ke terminal feri mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan menaiki kereta. Setelah bersedia dengan kelengkapan bagasi, maka perjalanan ke Langkawi pon bermula.

Selfie Lagi Depan Signboard Sebelom Naik Feri
Tiket feri yang telah dibeli seawal 6.30 pagi membolehkan kami sekeluarga menaiki feri pada jam 9.30 pagi. Kaunter tiket buka seawal 6 pagi dan disebabkan waktu sekarang adalah musim cuti kerana Tahun Baru Cina, semestinya berpusu-pusu orang nak bercuti ke Langkawi. Kalau lambat beli tiket, sememangnya lambat la menaiki feri.

Seronok Nampaknya naik Feri
Perjalanan kami ke Langkawi memakan masa selama satu jam. Memang agak bosan sebenarnya dalam feri. Jikalau tidak tahu nak buat apa, boleh tidur sahaja. Saya ambil peluang dalam feri untuk baca buku.

Antara Feri Yang Dapat Di Lihat Di Terminal Feri Langkawi
Welcome to Langkawi
Boleh tahan cantik juga Langkawi nie sebenarnya. Sebaik sahaja sampai ke Langkawi, perkara pertama yang kami lakukan adalah mencari kereta sewa. Senang nak pergi ke tempat-tempat menarik di Langkawi nie. Kalau hendak diikutkan, hendak sewa sebiji van yang boleh memuatkan kami semua, tetapi semuanya telah disewa oleh orang lain, jadi kami pon menyewa tiga biji kereta.

Antara Hotel Yang Terdapat di Tepi Pantai Cenang
Gambaran di Pantai Cenang Waktu Tengahari
Selfie Tatkala Panas Membara
Lokasi pertama selepas lunch adalah berkunjung ke Pantai Cenang di Langkawi. Cantik juga pantai nie. Walaupon panas, masih ramai orang yang mandi manda. Tetapi, kami sekeluarga hanya mahu menikmati pemandangan sambil-sambil mencari tempat bermalam untuk dua hari berikutnya.

Mama pon Bergaya Betul
Selepas hampir satu jam bersiar-siar di pantai menikmati pemandangan sambil makan ais krim, tibalah masa untuk ke tempat homestay yang terletak lebih kurang setengah jam dari Pantai Cenang. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari ini, sekadar mencari tempat penginapan untuk berehat.

Suasana Malam di Pantai Cenang
Pertunjukan Api
Lagi Pertunjukkan Api
Namun, pada malamnya, saya dengan beberapa adik-beradik saya mengambil kesempatan untuk kembali ke Pantai Cenang untuk melihat suasa pada malam hari. Hidup lagi pantai itu pada malamnya. Terdapat pertunjukkan 'orang api' lagi. Memang terbaik.


HARI BERIKUTNYA

Di Sekitar Tasik di Oriental Village
Hari berikutnya, kami sekeluarga bercadang untuk ke Oriental Village untuk menaiki skycab ataupon cable car. Terasa teruja, walaupon ini kali kedua berkunjung ke Langkawi, tetapi ini adalah kali pertama saya menaiki cable car. 

Berkunjung ke sini pada waktu cuti umum memang memenatkan. Penat menunggu sebenarnya. Tiket yang dibeli untuk menaiki cable car pada waktu tengahari membuatkan kami semua terpaksa menunggu hampir 4 jam. Jadi, apa nak buat 4 jam itu?. Nasib baik Oriental Village ini terdapat kedai-kedai menarik untuk dikunjungi. Jadi, jalan-jalan sementara menunggu jam 4 petang.

Tangkap Gambar Dengan Kakak Saya

Gambar Mama Mesti Kena Tangkap Juga
Selain daripada cable car, semestinya terdapat banyak tarikan lain di sini. Begitu banyak kedai-kedai souvenir, kedai baju, kedai makan dan sebagainya. Jikalau nak buat t-shirt dan key chain sebagai kenangan pon boleh disini. 

Rajin Abang Nie Lukis di T-shirt Tu
Selain itu, terdapat juga kereta kuda di tempat ini. Bagi pengunjung yang nak merasai pengalaman menunggang kuda ataupon menaiki kereta kuda, boleh berkunjung ke sini. Bayaran untuk menaiki kereta kuda adalah rm 5 seorang manakala untuk menunggang kuda pula bayarannya adalah rm 20 seorang.

Abang Long dan Keluarga Naik Kereta Kuda
Ambil Gambar Dengan Kuda Jer, Tak Naik Pon
Bukan itu sahaja, terdapat juga museum 3D disini. Baru sahaja dibuka untuk para pengunjung. Saya tak masuk, mungkin lain kali. Namun bagi anda yang berminat, bayarannya adalah rm 30 bagi dewasa dan rm 20 bagi kanak-kanak.

Lukisan 3D Yang Memang Menarik di Bahagian Pintu Masuk
Abang Long Macam Ada Sayap Gitu
3D Art Museum Sculpture
Ada juga aktiviti-aktiviti menarik untuk kanak-kanak sebenarnya. Antaranya adalah paddle bot, mini motocycle dan lain-lain. Orang dewasa pon boleh sebenarnya mencuba aktiviti-aktiviti ini semua. Harga jikalau tidak silap dalam RM 20 - RM 30 macam tu.

Seronok Nampak Anak-Anak Saudara Aku Nie..
Posing Dengan Moto Pulak
Muka Gembira Selepas Seronok Naik Moto
Tok Wan Bersama Cucu-Cucunya
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sebenarnya selain daripada perkara-perkara di atas. Kebanyakkan kedai menjual baju dan souvenir kepada para pengunjung. 

Kami sebenarnya melakukan aktiviti ini semua sementaara menunggu tibanya jam 4 petang untuk naik ke atas Gunung Mat Cincang. Dah hampir jam 4 petang, maka kami pon pergi beratur untuk naik Cable Car.

Ticket Rates For Langkawi Sky Cab
Sementara Tengah Beratur Sempat Lagi Ambil Gambar Tu..
Punya La Ramai Orang Beratur..
Selepas hampir 30 minit lebih berarak dan berjalan zig-zag dalam ruangan menunggu, akhirnya dapat juga menaiki cable car untuk melihat sendiri keindahan Gunung Mat Cincang. Ini adalah kali pertama naik kereta kable ini. Seronok dan seram sejuk semestinya.

Teropong Pon Ada Untuk Disewa..Dua Teropong Harga RM 10
Berbaris Sebelum Menaiki Cable Car
Selfie Bersama Mama Dalam Cable Car
Bersama Dengan Abang Pulak
 Pada permulaan Cable Car bergerak ke atas, memang seronok. Namun, semakin ke atas, semakin gayat pula rasanya. Nak hilangkan rasa gayat, semestinya jangan lihat ke bawah. 

Gambar Dari Dalam Cable Car
Rasanya tidak sampai 10 minit, kami semua sudah sampai ke checkpoint pertama di atas gunung. Berhenti seketika disini sebelum meneruskan perjalanan ke puncak tertinggi.

Pemandangan Daripada Checkpoint Pertama
Selfie Dengan Mama Terchenta
Cantik Background Tu..
Bergambar Dengan Semua Adik-Beradik dan Mama
Perjalanan diteruskan ke puncak tertinggi Gunung Mat Cincang, Langkawi. Dua minit sahaja daripada checkpoint pertama ke checkpoint tertinggi.

Semasa ke Tempat Tertinggi
Boleh Nampak Stesen Pertama Tadi
Banyak Gambar Dengan Mama
Selfie..Selfie dan Selfie....
Berehat - Letih Jalan Naik Turun Tangga
Apa La Abang Aku Teropong Tu...
My Brothers...
Banyak Betul Gambar Dengan Mama
Aik...Ade Awek Plak Interframe Selfie Aku nie.. ^_^
Hampir setengah jam melihat-lihat pemandangan di atas sana, tiba masanya untuk turun. Memang ramai orang. Maklumlah musim cuti sekolah kan. Nak turun pon kena beratur semestinya.

Ramai Orang Nak Turun Weyh..Beratur Panjang

Masa Naik Boleh Tangkap Gambar Dengan Mickey & Minnie Nie..Dorang Akan Jual Kepada Anda

Ramai Juga Pelancong Dapat Dikesan..
Selepas sampai giliran nak naik kereta kable dan kami semua pon turun. Boleh bergambar sahaja di atas sini. Plus, ada juga laluan untuk skybridge, tapi dikenakan bayaran rm 5 jikalau tak silap. Ada juga kedai-kedai makanan dan minuman di atas ini, tetapi sedia maklum harganya mesti sedikit mahal. (Dinasihatkan, bawak air sendiri lagi jimat).

Kembali Turun Ke Stesen Pertama
Turun Pon Selfie Ker..?
Nak Sampai Bawah Dah...
Maka tamatlah perjalanan menaiki Cable car dan perjalanan sekitar Oriental Village. Best juga tempat ini, banyak tarikan, gerai-gerai makan dan jualan cenderahati memang banyak.

Selamat Tinggal Oriental Village
Langkawi Skycab Map
Destinasi seterusnya adalah kembali ke Pantai Cenang untuk mandi manda seketika. Hari pon sudah hampir malam, tak boleh mandi lama-lama sangat, bahaya.

Selfie..Belakang tu pon Selfie juga...hahaha..
Langkawi - Permata Kedah Katanya..
Cantik juga pantai nie sebenarnya. Boleh tahan juga tahap kebersihannya. Tak kotor sangat, tak bersih sangat, sedang-sedang sahaja. Terdapat juga bilik persalinan dan tandas di sekitar pantai. Senang nak tukar baju.

Aktiviti seterusnya selepas mandi manda di Pantai Cenang adalah shopping. Rasanya tidak sah jikalau datang Langkawi tetapi tak shopping. Kebanyakkan barang memang murah. Tempat Duty Free. Tidak dikenakan cukai, jadi memang murah sedikit daripada harga biasa.

Shopping Coklat Di Perniagaan Haji Ismail Group
Macam-Macam Jenis Coklat Ada
My Favourite Mestilah Kinder Bueno.. ^_^
Shopping Perkakas Dapur Ke Mama dan Kakak Aku nie..
Selepas puas shopping chocolate, kain batik, perkakas dapur, minyak gamat dan lain-lain, agenda seterusnya adalah makan. Mesti perut semua lapar selepas buat pelbagai aktiviti. Kena la isi perut balik kan. Jadi, dalam perjalanan pulang, kami semua pon singgah di kedai makan.

Makan Besar Nie...
Selepas makan, malam pon melabuhkan tirainya. Memang satu hari yang agak letih tetapi best. Bermulanya hari daripada menaiki cable car, shopping, mandi manda dan semestinya paling penat sekali adalah jalan-jalan dan beratur panjang.


AYUH PULANG KE RUMAH

Tangkap Gambar Dengan Mama Lagi
Hari terakhir berada di Langkawi sebelum kembali ke rumah. Memang seronok bercuti tambah-tambah dengan keluarga tercinta. Sebelum pulang, tangkap gambar depan homestay dulu.

Keluarga Kakak Saya Nie..
Gambar Dengan Abang
Memandangkan hari cuti dan dijangkakan jalan sesak untuk ke terminal feri, jadi kami keluar awal untuk mengelakkan kami semua terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas. Gerak awal, jadi memang sampai awal. Jadi, terpaksa tunggu sebelum menjelangnya jam 4 petang.

Duduk Tunggu Di Bawah Pokok Dulu 
Sementara tunggu waktu untuk naik feri, jadi jalan-jalan dahulu di sekitar terminal feri untuk ambil gambar. Jikalau berhampiran terminal feri, Dataran Lang adalah tarikan utama. Jadi, kami pon berjalan-jalan dahulu di Dataran Lang.

Helang Besar Di Dataran Lang
Helang Atas Kepala Weyh..
Kakak dan Mama Bergambar Di Dataran Lang
Bergambar Dengan Mama
Waiz In Action...Comel Anak Abang Long
Mimi Pula Nak Bergambar...Anak Kakak..
Abah Berehat Dalam Buai yang Diikat Di Pokok.. Steady!!

Setelah hampir dua jam lebih menunggu di sekitar terminal feri, akhirnya tiba masanya untuk pulang ke rumah. Dalam feri pon mesti ambil gambar.

Selfie Sebelah Parents...
Alhamdulillah, akhirnya selamat juga sampai ke rumah. Maka dengan ini berakhirlah percutian kami sekeluarga kami di Langkawi. Memang best, memang awesome.

~Memang seronok sangat-sangat bercuti di Langkawi bersama family. Bukannya selalu pon berjalan-jalan dengan keluarga, asyik berjalan dengan rakan-rakan sahaja. Jadi, memang betul-betul hargai jika ada masa bersama keluarga. Sayangilah dan hargailah keluarga anda sementara mereka masih ada~


Title : PERCUTIAN KELUARGA KE LANGKAWI
Tarikh : 20/2/2015 - 22/2/2015 (Cuti Umum Raya Cina)



- Maka Dengan Ini Berakhirlah Satu Lagi Entri Berkenaan Percutian Keluarga, InsyaAllah Berjumpa Lagi Dalam Entri Akan Datang. Banyak Cerita Motivasi. Peribadi, Perniagaan dan Sebagainya InsyaAllah. Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Blog Keramat Rahishan Ramlee. InsyaAllah, Bertemu Lagi Dalam Entri Akan Datang.

Akhir Kalam, Assalamualaikum w.b.t. -

2 comments:

  1. Salam sesiapa yg berminat bercuti ke langkawi dan memerlukan kereta sewa call zainudin 0175693431

    ReplyDelete
  2. Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
    Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
    Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
    FULL SERVICES
    Hotel 3 Bintang
    Makanan Halal
    Driver humble
    Pemandu Pelancongan professional

    Sila contact Tiara Tours Indonesia
    Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
    Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
    Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
    Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
    Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
    Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari

    Note :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...