Monday, October 19, 2015

ILMU SAHAM - INTRODUCTION TO GLOBAL MARKET


Assalamulaikum w.b.t,

Pergh, rasanya lama gila tak menulis dan mengemaskini blog keramat rahishan dot com nie. Terima kasih kepada mereka yang masih sudi berkunjung ke blog ini walaupon dah bersarang. Semoga apa yang dibaca akan memberi manfaat sedikit sebanyak InsyaAllah.

Kali ini suka untuk saya berkongsi mengenai satu program atau seminar dan talk ringkas perihal ilmu saham yang dikelola selama setengah hari oleh seorang speaker yang tidak asing lagi iaitu Dato' Dr. Nazri Khan (DDNK).

APA YANG BEST TRADER NIE?

Antara Hadirin Ynag Hadir..Dimanakah tuan blog?..Hahaha
Kami ditanya di awal permulaan seminar, "Mengapa anda semua datang pada hari ini ?". Maka, berbagai-bagai jawapan dilontarkan kepada DDNK. Antaranya adalah hendak mencari ilmu, hendak mencari sifu, nak tingkatkan taraf kewangan dan sebagainya.

Pada asasnya, hadirin yang hadir adalah bercampur-campur dari segi ilmu dan pengetahuan mereka mengenai saham. Ada yang sudah lama, tak kurang juga yang beginner macam saya.

Jadi, DDNK memberitahu kami semua kenapa kita perlu melabur dan belajar mengenai ilmu saham. Tambahan, kenapa perlu memilih menjadi seorang trader tegar (trader as a career). Di sini saya senaraikan beberapa sebab antaranya :
  • Semestinya tiada bos (bekerja sendiri)
  • Boleh trade pada bila-bila masa malah di dalam tandas pon boleh
  • Transaction cost very low (serendah RM 1 pon dah boleh trade)
  • Hanya guna smart phone dan internet sahaja
  • 100 000 pilihan kaunter saham seluruh dunia yang merangkumi pelbagai sektor (minyak, jagung, kelapa sawit, coco dan sebagainya)
  • Banyak kaunter saham yang syariah compliance yang boleh dibeli

TAPI MENGAPA RAMAI YANG TAK INVEST?

DDNK Dengan Gaya Yang Bersahaja Menyampaikan Ilmu
Kami juga ditanya dengan persoalan, mengapa ramai yang tak invest? Sekali lagi bilik kecil digamatkan dengan suara yang memberitahu akan sebabnya. Takut, haram, judi, riba dan sebagainya. Apa yang ditulis oleh DDNK di hadapan, saya catat dibawah ;

Mengapa ramai di kalangan anak melayu khusunya, tak mahu invest ataupon melabur dalam pasaran saham :
  • Haram, judi, riba dan sebagainya (terdapat 90% kaunter saham yang syariah, jadi confirm halal).
  • Tak ada masa nak melabur saham (lebih kurang 10 minit sahaja masa yang diperlukan untuk membeli kaunter saham, tekan butang "buy" dan "sell" sahaja).
  • Mesti perlukan modal besar (sebenarnya, transaksi boleh dilakukan serendah RM 1 sahaja).
  • Takut rugi (kata DDNK, rugi adalah perkara biasa, ianya adalah "part of the game", tetapi kena bijak la, jangan rugi sahaja).

Bercakap perihal rugi, terus DDNK tanya lagi "Sebab apa rugi?". Maka DDNK cakap, rugi sebab :
  • Ilmu tiada
  • Ada sikap tamak (tidak meletakkan peratusan "ROI - return of investment").
  • Semestinya, tiada guru (sifu)
DDNK pesan, "pasaran saham bukan ekonomi tetapi pasaran saham adalah psikologi". Penerangan, kita kena jadi analitikal, tahu bilamana saat terbaik mahu beli, dan waktu tepat untuk keluar (jual) saham yaang dibeli. Sememangnya bermain dengan perasaan dan ilmu mesti kena ada.


AYUH BELAJAR SEDIKIT SEBANYAK ILMU SAHAM


Zoom Sikit Tengok Muka DDNK Berkongsi Ilmu
Saya sememangnya beginner dalam dunia saham ini. Jadi, dikesempatan talk ringkas percuma ini saya belajar sedikit sebanyak ataupon introduction kepada saham. Mungkin apa yang saya kongsikan tidak begitu details tetapi boleh dijadikan sandaran asas sedikit sebanyak ilmu berkenaan saham.

Jadi, bagaimana hendak memilih kaunter saham yang bagus. DDNK terangkan perkara ini dalam nada bersahaja sambil berkongsi :
  • Cari yang CEO syarikatnya ramai orang respect. Macam mana nak tahu?. Tengok track record. Apa sumbangan beliau. Apa yang dibuat sehingga ramai yang respect beliau. Senang cerita, "google" sahaja.
  • Cari apakah produk atau barang yang laris, yang pastinya ramai pengguna, ramai orang beli. Senang cerita, barang apa yang jikalau takde, orang tak boleh hidup tanpanya. DDNK cakap, "contoh lah, jikalau takde Nescafe, anda semua nak minum apa?." Pointnya adalah, Nescafe, Milo dan seangkatan dengannya, pasti akan ada penggemarnya. Jadi, masih releven nak beli saham syarikat berkenaan. Jikalau lagi ramai pengguna, semestinya semakin meningkat nilai saham syarikat tersebut.

APAKAH ITU MARUBOZU

Saham Syarikat APPLE Inc (Candlestick Chart)
Dalam talk  ini juga, saya dikenalkan dengan beberapa istilah saham seperti candle stick, terrace, bullish, bearish, marubozu, uptrend graph, downtrend graph dan sebagainya. Jadi, berbalik kepada persoalan, apakah itu Marubozu.?

Marubozu merujuk kepada istilah jepun yang digunakan dalam analisis teknikal pasaran saham. Senang cerita, marubozu bermaksud keadaaan saham pada hari itu yang dibuka paling rendah dan ditutup paling tinggi dan sebaliknya. Jangkaan, saham itu sudah bersedia untuk naik (ataupon jatuh) mungkin dalam beberapa hari. Ianya, diwakilkan dengan bentuk lilin (candlestick) seperti dalam gambar diatas.


Jikalau, diperhatikan di dalam snapshot diatas, white marubozu (hijau) adalah candlestick yang berada di tengah yang badanya begitu panjang. Manakala black marubozu pula berwarna merah. Warna hijau maksudnya, peningkatan nilai manakala merah bermaksud susut nilai. Matlamat adalah mencari white marubozu yang banyak peningkatan jumlahnya. Jumlah atau volume boleh dilihat dibahagian bawah. Disaat wujudnya, white marubozu, kita boleh jangkakan yang saham itu akan bersedia untuk naik nilainya dan bertahan mungkin selama dua minggu.


HOW TO BE GREAT TREADER

Disini, DDNK kongsikan formula yang beliau gunakan untuk menjadi seorang trader yang berjaya. Formula yang beliau gelarkan M.A.R.U.B.O.Z.U.

M - Mental (Kita sendiri kena percaya, pemikiran dan kepercayaan bahawa kita akan jadi seorang trader yang bagus, itu amat penting).

A - Agresif (Kita semestinya bertindak secara agresif apabila melihat peluang. Namun diingatkan kita mesti menjadi seorang "calculated agressive" agar tidak terjerat dengan perangkap (rugi).

R - Rileks (Seorang trader mesti kena rileks. Rileks disini bermaksud, tenang sahaja apabila rugi, kerana kita tahu untung rugi is part of the game)

U - Unwind Ego (Semestinya, kita sendiri kena terima salah silap kita. Jangan ego terhadap diri sendiri dengan menjadi orang yang tak boleh terima kesilapan, mesti belajar daripada kesilapan)

B - Bajet (Bajet disini adalah merujuk kepada penggurusan duit. Seorang trader yang berjaya mesti pandai menguruskan wang dan mesti juga pandai bajet bilamana mahu beli satu-satu saham dan bila masa mahu keluar)

O - Oppurtunities (Seorang trader mesti pandai melihat ruang dan peluang.)

Z - Zeal (Passion) (Seorang trader mesti sentiasa cenderung dan ghairah memikirkan perihal saham. Maksud disini adalah tatkala dimana sahaja asyik fikir perihal saham sahaja).

U - U-turn (Seorang trader yang berjaya mesti U-turn tatkala melakukan kesilapan. Kaji dan selidik dimana kesilapan yang dilakukan dan mula semula).


Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian mengenai ilmu saham. Saya juga bukan lah orang yang arif untuk menulis akan perkara ini. Tetapi ilmu yang diperoleh diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada mereka yang membacanya. DDNK ada berkongsi mengenai pasaran saham dunia di jam terakhir. Tetapi, saya yakin dan percaya matlamat utama DDNK adalah mendedahkan dan membuka minda kami semua mengenai ilmu dan pasaran saham.


Tuan Blog Posing Ala-ala DDNK tu..haha
Apa yang baik, dijadikan teladan, apa yang kurang baik dijadikan sempadan. Semoga siapa yang membaca akan memperoleh manfaat, InsyaAllah.

EVENT : INTRODUCTION TO GLOBAL MARKETING
DATE : 17 OKTOBER 2015
VENUE : ENCORP STRAND GRAND OFFICE, DAMANSARA

~terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog keramat rahishan dot com ini. terima kasih banyak-banyak yer~

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI ENTRI AKAN DATANG, ASSALAMUALAIKUM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...