Saturday, October 31, 2015

UTP KONVOKESYEN KE-15 - HAPPY GRADUATION


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, ketika entri ini ditulis, maka dengan rasminya saya beserta rakan-rakan telah pon selamat bergraduasi dan memegang segulung ijazah sarjana muda dalam bidang masing-masing. Entri kali ini khas untuk rakan-rakan UTP saya yang telah sama berjuang di UTP selama hampir 5 tahun.

Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada semua graduan UTP pada tahun 2015 ini. Ini adalah satu daripada kejayaan hidup yang perlu disyukuri dan pastinya masih banyak cabaran dan kejayaan yang bakal menanti InsyaAllah.


KONVOKESYEN KALI KE-15

SHOOT - BALING MORTAR BOARD DEPAN SIGNBOARD BESAR

Siapa sangka, kekadang terasa begitu pantas masa berlalu. Selama 5 tahun diriku bersama-sama sahabat mengharungi suka duka perit manis kehidupan sebagai seorang pelajar universiti akhirnya telah pon berakhir. Satu tahun diploma (foundation) disambung dengan 4 tahun engineering course kekadang terasa mencabar pada awalnya. Tapi alhamdulillah, semua telah selamat bergraduasi.

Alhamdulillah, dah selamat bergraduasi dari universiti kesayangan Universiti Teknologi Petronas. Jadi, semestinya kenangan manis bergraduasi itu disimpan di dalam photo. Berikut adalah koleksi gambar-gambar yang sempat saya ambil sekitar majlis konvokesyen ini. Tahniah kepada semua.

SHOOT ANGKAT SKROL

TEROPONG MASA DEPAN..CERAH KE GELAP TU?!!

SHOOT - FORMAL CORPORATE STYLE

SHOOT - BALING SKROL HOLDER

SHOOT - BALING MORTAR BOARD

PEACE SIKIT

SHOOT - UP UP AND AWAY

YES... DEGREE IN MY HANDS..!!

SHOOT - PREPARE TO THROW MORTAR BOARD

SHOOT - THROW UPWARD MORTAR BOARD

SHOOT - PREPARE TO THROW SCROLL HOLDER

SHOOT - THROW SCROLL HOLDER

PICTURE WITH FOREIGNER FRIEND

SHOOT - BALING MORTAR BOARD LAGI..

SHOOT - BALING SCROLL HOLDER LAGI...

SHOOT - FORMAL ATAS LANDMARK UTP GATE

SHOOT - MORTAL BOARD LAGI DAN LAGI...

SHOOT - LAMBUNG JANGAN TAK LAMBUNG MORTAR BOARD TU..!!

SHOOT - LAMBAI SCROLL TU TINGGI -TINGGI

ALHAMDULILLAH..DAH SELAMAT GRADUATE DAH..!!

GAMBAR SEBELUM REHEARSAL CONVO...

GAMBAR SELEPAS REHEARSAL CONVO SELESAI

IRINGAN COKMAR MENINGGALKAN CHANCELLOR COMPLEX


GAMBAR BERSAMA GENG-GENG ELEKTRIKAL & ELEKTRONIK 

BERSAMA PEMENANG CHANCELLOR AWARD DAN RAKAN-RAKAN EE LAIN..
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan beribu-beribu tahniah kepada sahabat-sahabat Elektrikal & Elektronik (EE) atas kejayaan anda semua bergraduasi pada kali ini. Semestinya, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada geng-geng EE khususnya, yang telah membantu saya secara langsung atau tak langsung dalam urusan akademik.

Daripada tugasan assignment, lab report, take home quizzes, pemahaman tentang subjek, idea project dan sebagainya, saya amat menghargai setiap satu daripada bantuan anda semua. Terima  kasih banyak- banyak.


SELFIE...TETIBA POSING NAK BETULKAN TUDUNG PLAK...!!

SELFIE...GENG EE YANG AWESOME..!!

SELFIE DENGAN GADIS-GADIS...

SELFIE DENGAN JEJAKA-JEJAKA...

WITH MY BELOVED ROOMATE..!!

SELFIE SEBELUM PERARAKAN MASUK KE DEWAN

GAMBAR SEKITAR CONVOFEST 2015

USTAZ AZHAR IDRUS JUGA DATANG UTP BAGI CERAMAH
Menjadi adat setiap tahun menjelang majlis konvokesyen UTP, pastinya ConvoFest (Convo Festival) diadakan. Banyak perkara menarik yang dibawa oleh komitee convofest kali ini. Misalnya, ceramah daripada UAI, booth makanan menarik, pameran , permainan dan sebagainya. Syabas kepada komitee convofest semua.

SEMESTINYA CONVOFEST MENYEDIAKAN BANYAK MENU MAKANAN YANG MENARIK

HAIWAN EXOTIC PON ADA SEMESTINYA..

KUCING BULU GEBU PON ADA JUGA...

GAMES PAINTBALL PON ADA..

GAMBAR SEBELUM JEJAK UTP, SINGGAH SEBENTAR DI KELLIE'S CASTLE
~ Alhamdulillah, rasanya setakat ini dahulu entri kali ini. Tahniah kepada semua graduan yang telah selamat tamat pengajian anda di UTP dengan rasminya. Tidak kira pointer anda kelas keberapa sekalipon, syabas kepada anda dan percayalah ini adalah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar InsyaAllah. Semestinya kejayaan dan cabaran lebih besar bakal mendatang dalam hidup. Kita harus bersedia menghadapinya. Ingatan buat diri juga sebenarnya.

Bach. Eng. Hons. Electrical & Electronics - Alhamdulillah
TERIMA KASI MAK ABAH ATAS BERKAT DOA DAN USAHA...THIS IS FOR YOU GUYS..!!

Semestinya, tiada kejayaan tanpa usaha. Semestinya, doa kedua ibu bapa mengiringi perjalananku di UTP. Terima kasih mak abah, adik-beradik, rakan-rakan seperjuangan, lecturer, tutor, technician, lab assistance, pak guard dan semua lah. Terima kasih banyak-banyak. ~

Event : UTP Konvokesyen Kali Ke-15
Date : 25 October 2015
Venue : Universiti Teknologi Petronas

Terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog keramat rahishan.com nie. Terima kasih dan tahniah kepada semua graduan. InsyaAllah, bertemu lagi dalam entri-entri akan datang.

*p/s : Rakan-rakan dalam gambar mohon derma LIKE kat posting nie yer..thanks..*

Assalamualaikum w.b.t. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...