Wednesday, December 16, 2015

PEKERJAAN PERTAMA : DRIVE TEST ENGINEER..!!!


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih berkesemapatan untuk mengemaskini blog keramat rahishan walaupon dah ber"sarang" sedikit. Terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog keramat ini. Semoga anda yang membaca ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya.

Untuk entri kali ini, suka untuk saya menceritakan tentang kehidupan di alam pekerjaan selepas bergraduasi bulan oktober yang lepas. Ketika entri ini ditulis, saya telah berkhidmat sebagai seorang Drive Test Engineer hampir 5 bulan. Alhamdulillah.

INTRODUCTION TO DRIVE TEST ENGINEER

INDOOR CHECKING LINE - ENCORP DE'STRAND MALL DAMANSARA

Pada asalnya, saya sendiri tidak mengetahui akan wujudnya pekerjaan seperti ini. Basically, Drive Test Engineer (DTE) adalah pekerjaan dimana anda perlu membuat serta menilai sesuatu liputan, kapasiti dan kualiti sesuatu perkhidmatan rangkaian radio mudah alih. Senang cerita, pekerjaan DTE ini adalah kerja untuk check line coverage bagi sesuatu operator seperti UMobile misalannya.

Walaupun bunyinya seperti mudah, hanya perlu check line sahaja, tetapi setiap pekerjaan mempunyai kelebihan serta cabaran yang tersendiri. Seperti yang tertera dalam gambar, sebagai seorang DTE, saya perlu bekerja menggunakan laptop dan beberapa tools lain seperti telefon dan GPS. Cabarannya, bukan sahaja datang daripada equipments yang digunakan, malah faktor geografi juga kekadang memberi cabaran serta impak yang besar terhadap keputusan yang diinginkan. 

SATU DARIPADA ANTENNA (TOWER) DI SUNGAI BULOH

Tower juga mempunyai beberapa jenis. Tidak semua tower seperti dalam gambar diatas (tinggi dan besar), ada juga yang dipasang diatas bangunan dan rumah kedai. Kebiasaannya, lokasi pemasangan tower berdasarkan populasi penduduk setempat. Semakin tinggi populasi di sesuatu kawasan, semakin banyak tower yang dipasang. Tower tinggi biasanya digunakan untuk cover area yang jauh seperti sepanjang laluan highway.

Dengan menggunakan laptop, beberapa test harus dilaksanakan untuk melihat kualiti signal sebelum tower dibuka untuk kegunaan awam. Test seperti download, upload dan ping adalah untuk melihat kepantasan (speed) terhadap signal. Manakala, test lain seperti long call, short call dan video call untuk melihat kualiti dan untuk memastikan tower berkenaan boleh menerima dan menghubungkan sesuatu panggilan yang dilakukan.


APA YANG BEST KERJA DTE NIE..?!!

CHECK LINE DI FRENCH VILLAGE - BUKIT TINGGI, PAHANG

Terdapat English quote yang berbunyi lebih kurang begini, "Do What You Love (and/or) Love What You Do". Jika anda tidak melakukan perkerjaan yang anda suka, sekurang-kurangnya, suka terhadap apa yang anda lakukan. Terdapat beberapa sebab pekerjaan DTE ini adalah kerja yang saya suka walaupun ianya bukanlah sesuatu yang saya mahu lakukan sepanjang hidup saya. Antara sebabnya environment, masa fleksible, pakaian bebas, banyak travel dan lain-lain.

   1. Environment
Environment yang saya maksudkan adalah situasi pekerjaan yang berbeza. Sebagai seorang DTE, saya perlu bekerja di dalam kereta ditemani laptop, radio, pemandu dan pemandangan indah di luar tingkap. Berbeza jika bekerja di pejabat yang lebih tertutup ruangnya (dalam bilik) ditemani cubicle bersama desktop.

MENARIK DESIGN DAN WARNA DERETAN RUMAH DI CHERAS

Bukannya saya tidak pernah bekerja dalam suasana pejabat, saya telah merasainya ketika berpraktikal dahulu. Suasana dalam ofis (indoor) agak kurang digemari berbanding keadaan luar (outdoor) yang lebih seronok. (Sila Klik Untuk Baca Entri Praktikal Di Yokogawa). Namun, setiap orang mempunyai pandangan dan kecendurungan masing-masing.

   2. Banyak Travel
Pekerjaan ini memerlukan anda travel setiap hari. Walaupon bukan travel ke tempat yang jauh, namun perjalanan dari Cheras ke Kuala Selangor boleh dianggap jauh juga. Dalam sehari, terdapat dua atau tiga tempat yang harus dikunjungi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Tidak perlu keluar duit untuk melihat tempat orang, tetapi sambil bekerja sambil menikmati keindahan alam dan kawasan setempat. Best juga sebenarnya, memang enjoy.

JAPANESE VILLAGE - BUKIT TINGGI, PAHANG

   3. Melawat Tempat Yang Menarik
Yang menariknya, kekadang tempat yang dikunjungi itu adalah tempat yang bukan selalunya anda boleh masuk, ataupon bukanlah tempat yang anda akan pergi jikalau berkelapangan. Contohnya, pangkalan tentera (army base), kelab golf, universiti, kawasan perumahan elit, kawasan ladang kelapa sawit dan sebagainya. Memang seronok dan menarik melihat keadaan yang berbeza setiap hari.

AMBIL GAMBAR DEPAN GATE SAHAJA - KOREAN EMBASSY

   4. Masa Yang Fleksible
Pekerjaan ini boleh dikatakan agak fleksible dari segi masanya. Walaupon sekarang ini saya memulakan kerja sekitar jam 9 pagi, namun masa untuk tamatnya kerja itu berbeza-beza. Bergantung kepada cabaran yang dihadapi, serta kepantasan untuk menyempurnakan sesuatu site yang telah ditugaskan.

Adakalanya, seawal jam 1 petang telah pulang. Kadang- kadang, sampai malam masih dalam kereta menyempurnakan tugas yang diberikan. Itu adalah perkara biasa bagi saya. Memang telah adapt dari mula lagi. Adakalanya bekerja sampai lewat petang, adakalanya lewat malam baru pulang dari kerja. 

BER"SELFIE" BERSAMA BINATANG - ANIMAL PARK, BUKIT TINGGI

Ada masanya, tugas disiapkan awal. Jadi, masa yang terluang digunakan untuk meneroka tempat yang dilawati. Contohnya, site di Bukit Tinggi, Pahang, saya mengambil kesempatan berkunjung ke French Village, Japanese Village, dan Animal Park. Alang - alang dah sampai dan habis kerja awal, memang jalan-jalan la jawabnya.

COLMAR TROPICALE FRENCH THEME RESORT - BUKIT TINGGI, PAHANG

CABARAN SEBAGAI SEORANG DTE..?!!


DALAM KAWASAN KEBUN GETAH PON CHECK LINE - SENAWANG
Setiap pekerjaan semestinya mempunyai cabaran serta risiko masing-masing. Jikalau setiap perkara sentiasa berjalan lancar, terasa macam tak best juga. Di saat keadaan sukar kekadang kita rasa boleh belajar banyak perkara sebenarnya.

Semestinya sesuatu cabaran (masalah) yang berlaku memerlukan penyelesaian tersendiri. Mungkin terdapat berbagai solusi terhadap permasalahan yang serupa. Banyak juga cabaran kerja sebagai DTE ini sebenarnya, antaranya termasuklah lokasi tower, terpaksa berhadapan dengan traffic jam, kena arif tentang jalan, kena cari "sweet port" untuk buat testing dan sebagainya.

   1. Lokasi Tower
Seperti yang diceritakan di atas, lokasi tower semestinya berbeza-beza. Agak sukar untuk melakukan test jikalau tower dipasang bersebelahan lebuhraya terutamanya. Untuk melakukan sesuatu static test, kereta harus diberhentikan (parking). Agak berisiko untuk berhenti di atas highway sebenarnya, tetapi kekadang terpaksa juga.

ONE OF THE HOUSE AT JAPANESE VILLAGE - BUKIT TINGGI, PAHANG

   2. Traffic Jam
Semestinya kerja sebagai seorang DTE tidak dapat lari daripada kesesakan lalu lintas. Terasa amat beruntung jika dapat site (tower) di kawasan luar bandar seperti di kawasan perumahan, kilang ataupon deretan rumah kedai. Terasa agak sukar jika site di kawasan bandar, seperti Pudu, Petaling Street, Damansara dan sebagainya. 

Kawasan ini memang tidak dapat tidak lari daripada traffic jam. Apa yang boleh dilakukan adalah memilih jalan yang betul ataupon menyiapkan kerja secepat mungkin dan keluar daripada kawasan jam, tambah-tambah jikalau ketika waktu puncak (orang balik kerja), memang jam habis.

GAMBAR SEKADAR HIASAN - FRENCH VILLAGE, BUKIT TINGGI, PAHANG

   3.Mencari Tempat Terbaik
Sebelum memulakan sebarang test  di lokasi yang diberikan, saya perlu mencari tempat terbaik sekitar tower. Perkara ini bergantung kepada kedudukan tower. Sememangnya agak mencabar untuk mencari tempat yang kuat signal jikalau di highway, jikalau ada, saya perlu berhenti pula untuk melakukan test.

Cabaran bertambah apabila wujudnya tower bersebelahan yang mengganggu signal (tower) yang sedang diuji. Teruji sedikit kesabaran apabila tower jiran menggangu. Apa-apapon, tempat terbaik perlu dicari, jika tidak, tidak lepas KPI (Key Performance Indicator), tidak siap kerja dan pulang lambat.


ADA LAPTOP DI TANGAN TU - FRENCH VILLAGE, BUKIT TINGGI, PAHANG

   4.Arif Tentang Peta dan Jalan
Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang arif perihal jalan. Namun, dengan bantuan google maps semestinya kerja bertambah mudah. Kerja sebagai DTE memerlukan anda baca jalan dengan jayanya. 

Satu, untuk ke lokasi, anda perlu memilih jalan yang tak jam (kekadang kena redah juga jam tu). Kedua, sambil membaca jalan, anda juga perlu melakukan test, perlu multitasking sedikit disitu. Mencabar juga la nak baca jalan sambil nak lihat laptop, phone dan juga tengok jalan di dunia nyata.

ADA TOWER (PUTIH) DI ATAS TOWER BATU TU - FRENCH VILLAGE, BUKIT TINGGI

   5.Site Down
Paling tak gemar sekali adalah apabila anda sedang melakukan test, secara tiba-tiba site anda down ataupon ada alarm. Hal ini menyebabkan sama ada anda tidak boleh meneruskan test, ataupon perlu tunggu selama beberapa jam untuk site berkenaan clear from any alarm.

Perkara ini bukan mencabar, tetapi anda perlu menunggu site kembali "sihat", baru lah boleh meneruskan test. Ianya memang membuang masa sebenarnya. Perkara ini jarang berlaku, tetapi kekadang berlaku juga dan tidak dapat dielakkan.


~Sebenarnya, setiap pekerjaaan itu ada kelebihan, cabaran serta risiko tersendiri. Bagaimana diri kita cuba adapt dengan situasi kerja dan cuba mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi, itu yang penting sebenarnya. Kita seharusnya beruasaha menyesuaikan diri secepat mungkin terhadap setiap perkara yang kita lakukan.

Bonus jika amat suka terhadap apa yang kita kerjakan ataupon lakukan, itu adalah memang terbaik. Jika tidak, berusaha menyukainya, baru tak rasa stress dan baru enjoy jika cabaran menimpa. Ingatan untuk diri juga~

TERSEREMPAK TUN M KETIKA BERHENTI SOLAT JUMAAT DI MASJID NEGARA

Setakat dulu entri untuk kali ini, semoga apa yang ditulis memberi sedikit sebanyak pendedahan terhadap bagaimana pekerjaan sebagai seorang Drive Test Engineer ini sebenarnya. Terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog keramat ini dan semoga berjumpa lagi dalam entri-entri akan datang.

Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum and have awesome day everyday..!!!~~

#lifeofDTengineer #firstjob #drivetestengineer #CCS

3 comments:

  1. Kerja dekat syarikat mana bro? byk bt outdoor ke IBC? sy pun baru keje setahun sbgai DTE..nice entry! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks...Sekarang kerja dekat subcon Qingni Technology..banyak outdoor, IBC jarang2...masih di sini setahun lebih dah..hahaa...

      Delete
    2. Salam .bro .bolehkah sy memohon intern di company bro? Sy degree mechanical

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...