Wednesday, August 2, 2017

EMAS EDISI TERHAD PERTABALAN YDP AGONG KE-15


Assalamulaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih ada masa untuk menulis di blog ini. Terima kasih kepada mereka yang masih sudi berkunjung ke blog saya nie. Entri kali ini ringkas dan mudah sahaja. Sedikit kisah saya dan emas.

PEJABAT POS KELANA JAYA (POS AR-RAHNU)
Pada bulan Julai 2017, Pos Ar-Rahnu ada keluarkan emas limited edition bersempena dengan pertabalan Yang Di Pertuan Agong yang ke 15 iaitu Sultan Muhammad V secara rasminya pada bulan April yang lepas. "Daulat Tuanku".

Apabila saya tahu sahaja akan ada emas limited edition daripada Pos Malaysia, saya begitu teruja untuk mendapatkannya. Secara rasminya, emas limited edition ini hanya boleh dibeli di Pos Ar-Rahnu seluruh Malaysia bermula pada 17 Julai 2017 dengan harga RM 250 satu gram.

Walau bagaimanapon, saya agak terlewat untuk mencuri masa dan pergi ke Pos Ar-Rahnu yang berdekatan. Disebabkan saya tinggal di Pantai Dalam, maka Pos Malaysia yang ada Pos Ar-Rahnu yang juga dekat dengan ofis saya adalah di Kelana Jaya.

Saya hanya sempat ke Pos Ar-Rahnu pada minggu kedua selepas emas itu dikeluarkan. Saya agak terkejut apabila kakak yang menjaga kaunter Pos Ar-Rahnu berkata sebanyak 3000 keping emas telahpon habis dijual hanya dalam masa seminggu sahaja. Jadi, stock di Pos Kelana Jaya pon sudah habis dan saya harus pre-order dahulu dan datang ambil di kemudian hari.

PRE ORDER EMAS SAHAJA DAHULU
Terasa menyesal kerana lewat untuk datang ke mana-mana branch Ar-Rahnu dan beli pada minggu pertama. Selepas 3000 keping telah habis, maka harga baru emas limited edition ini telah naik menjadi RM 280.

Saya memang suka kumpul emas semenjak saya mula kenal emas 3 tahun lepas. Saya menjadikan tabiat untuk sekurang-kurangnya menyimpan 1 gram emas setiap bulan. Dapat sahaja gaji, memang terus asing untuk beli emas. Saya beli emas Public Gold. Serendah 1 gram boleh beli dan simpan. (Klik untuk baca entri saya hadiri seminar emas).

Harga semasa emas 1 gram ketika entri ini ditulis masih bawah RM 200 satu gram. Namun, disebabkan emas edisi khas YDP Agong ini adalah terhad, maka harganya adalah sedikit mahal berbanding harga pasaran semasa. Mana tahu, sepuluh tahun akan datang, akan ada insan yang sanggup membeli emas edisi terhad dengan harga yang mahal. Boleh la jual ketika itu.

Jadi, selepas seminggu daripada tarikh pre-order, maka panggilan daripada Pos Ar-Rahnu pon masuk dan menyatakan yang emas yang telah diorder pon telah sampai dengan selamatnya. Alhamdulillah.

EMAS FIZIKAL 1 GRAM EDISI TREHAD YDP AGONG KE XV, SULTAN MUHAMMAD V
Pada kunjungan kali kedua saya untuk tebus emas ini, saya diberitahu oleh staf bahawa di luar sana, emas yang sama telahpon dijual dengan harga RM 320 sekeping. Jadi, saya pon terpanggil untuk menambah koleksi lagi sekeping menjadikan dua keping dalam pegangan. Masa pre-order, order sekeping je. 

Jikalau, ada diluar sana yang ingin membeli emas terhad Agong ke 15 ini, boleh la berhubung dengan saya. Nombor siri seperti diatas V02971 dan V02972.

*sampai di sini dahulu entri untuk kali ini, InsyaAllah jika ada kelapangan bertemu lagi di masa akan datang. Terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog saya nie. Assalamualaikum.*

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...