Sunday, March 4, 2018

PERCUTIAN KE MEDAN, INDONESIA 2017 - PART 2


Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih kerana masih lagi sudi berkunjung ke blog keramat ini. Diharapkan kepada pembaca agar sentiasa sihat senantiasa. Seperti yang tertera, ini adalah sambungan daripada bahagian pertama pengembaraan lima hari saya bersama rakan-rakan di Indonesia.

Hari pertama dan kedua kami di Indonesia, telahpun saya ceritakan dalam entri bahagian pertama (klik disini untuk membaca bahagian pertama), maka ini adalah sambungan aktiviti berserta cerita untuk hari ketiga dan seterusnya. Selamat membaca.

Day 3 - 25 November 2017


4.00 AM (WIB) : Bertolak ke Gunung Sibayak
Seawal 3.30 pagi lagi kami sudah bangun dan bersiap untuk aktiviti mendaki Gunung Sibayak hari ini. Seperti biasa, jikalau bangun awal dan mendaki, semestinya targetnya adalah melihat keindahan akan suasana matahari terbit. Selepas dipersetujui, kami membawa seorang assistance, Mas Dian untuk menunjukkan kami arah dan laluan untuk dilalui.
Besar Betul Bawa Beg Nak Mendaki tu...

Oleh kerana hari hujan pada malam sebelumnya, jadi jalan menuju ke kaki bukit Gunung Sibayak yang boleh dilalui oleh kereta menjadi begitu licin dan bahaya untuk dilalui. Jadi, kami terpaksa berjalan selama 30 minit untuk ke kaki bukit.

5.00 AM (WIB) : Ayuh Mendaki Gunung Sibayak
Sebaik sahaja sampai di kaki bukit, kami berehat dan solat seketika sebelum meneruskan perjalanan mandaki Gunung Sibayak. Bagi memanaskan badan, kami rehat seketika sambil minum kopi dan teh panas di kaki bukit.
Pekena Kopi Dahulu Sebelum Naik Gunung
Air Mineral Jangan Lupa Bawa

Selepas hangat sikit badan, maka dengan berbekalkan air mineral dan keperluan yang sepatutnya, maka pengembaraan untuk manawan Gunung Sibayak dimulakan. Walaupon sedikit hujan dan sememangnya sejuk, kami gagahkan diri jua untuk mendaki.
Ayuh Kita Mendaki Gunung Sibayak...
Cepat La Sikit, Lama Sudah Menunggu Nie...
Itu Adalah Lampu dan Effect Flash...

Jalan menuju puncak gunung ketika ini sememangnya gelap dan laluan yang didaki agak mencabar disebabkan kedaan tanah yang masih basah dan sedikit becak. Laluan bersemak-samun dan berbatu-batu ini memang memberi cabaran kepada kami semua disamping keadaan laluan yang agak sempit dan curam pada permulaannya. 


5.50 AM (WIB) : Sampai Di Puncak Gunung Sibayak
Alhamdullillah, saya kira, selepas hampir 45 minit lebih mendaki, akhirnya kami berjaya menawan Gunung Sibayak yang mempunyai ketinggian sekitar 2,212 m ini. Walaupon agak basah kerana hujan gerimis di pertengahan jalan, kami meneruskan perjalanan dan akhirnya berjaya juga sampai ke puncak sebelum matahari terbit.
Pemandangan Masih Gelap Ketika Ini..
Ada Orang Berkhemah Pulak Atas Puncak Nie..
Sejuk...Panaskan Diri Dahulu..

Dari puncak Gunung Sibayak ini, kami dapat melihat seluruh Brastagi dan Medan. Memang cantik. Kalau di Malaysia, seolah-olah kita melihat Kuala Lumpur daripada look-out point Ampang. Bezanya, tiada bangunan tinggi, hanya kilauan dan deretan cahaya lampu menerangi seluruh Brastagi.

Selepas hampir 20 minit menikmati pemandangan gelap dari puncak Gunung Sibayak, maka langit mulai terang dan matahari mula memancarkan sinarnya. Maka, kami pon mula terpesona dengan pemandangan yang begitu cantik nan indah. Malah, pemandangan sekitar kami pon sudah begitu cantik. Ayuh, saya kongsikan gambar.
Tatkala Matahari Mula Menjelma...
Maka Semua Pon Nak Ambil Gambar Laa..
Ini Adalah Gunung Sinabung..Gunung Aktif Juga...
Cantik Latar Belakang Gunung Sinabung...
Cantik Warna Oren Kejinggaan Di Belakang Tu...
Cakkk....Kami Dah Selamat Sampai Ke Puncak Gunung Sibayak...
Ada Mat Saleh Kat Belakang Tu...


7.30 AM (WIB) : Ayuh Turun Kembali Daripada Gunung Sibayak
Saya kira, hampir sejam setengah lebih juga kami barada di atas puncak Gunung Sibayak ini. Memang masa cepat betul berlalu, tanpa sedar sudah tibanya masa untuk kami semua turun. Semestinya, waktu turun itu masih sempat bergambar kerana memang cantik. Rasa rugi jika tak ambil gambar kenangan.
Ayuh Turun Kembali Kawan-Kawan...
Kawasan Berhampiran Puncak Gunung Sibayak..Ada Orang Kat Bawah Tu..Bau Sulphur Kuat kat sini...
Antara Laluan Mendaki Yang Perlu Dilalui..
Arrghhh...Segarnya Udara Disini...Gunung Sinabung Di Belakang Tu...

Selepas hampir 45 minit juga turun diselangi dengan perhentian untuk ambil gambar pemandangan, kami semua sampai di kawasan rehat kaki Gunung Sibayak. Perjalanan diteruskan ke kereta untuk membawa kami semua ke destinasi seterusnya.
Jalan Licin Menuju Ke Kereta...Hati-Hati..

9.00 AM (WIB) : Mandi Kolam Air Panas 
Destinasi seterusnya adalah kolam air panas milik Karona Famili. Kolam air panas ini hanya 10 minit sahaja daripada kawasan kaki Gunung Sibayak. Semestinya, tenaga penat lelah yang telah dicurahkan untuk mendaki Gunung Sibayak akan hilang dengan merendamkan diri dan merasa hangatnya air panas.
Pemandian Air Panas Karona Family
Bersih Dan Terjaga Kolam Air Panasnya...
Belakang Itu Adalah Gunung Sibayak Yang Baru Sahaja Kami Naik Tadi...
Semua Seronok Mandi Kolam Nampaknya...

Selepas hampir satu jam lebih bersuka ria menyegarkan badan dengan menikmati hangatnya air panas, kini tibanya masa untuk kami kembali ke hotel. Untuk pengetahuan anda, kami bersetuju untuk membayar kepada Mas Dian (hiking assistance) sebanyak 150000 IDR atau RM 45.00 seorang. Nilai ini termasuk tunjuk arah panduan kami mendaki, air mineral dan tiket kami untuk memasuki kolam air panas.

Memang seronok bersuka ria bermandi air panas, tetapi semestinya perut kami semua masih belum terisi bermula daripada waktu kami mendaki Gunung Sibayak. Hanya segelas kopi dan teh menemani perut kami ketika mendaki. Nasib baik, kami telah wakilkan orang di hotel untuk menyimpan breakfast kami dan dapatlah kami menjamu selera tatkala kami kembali ke hotel.
Breakfast Yang Telah Dibungkuskan..Terima Kasih..


12.45 PM (WIB) : Singgah Sebentar Di Pasar Buah
Dalam perjalanan menuju ke destinasi untuk makan tengahari, kami singgah sebentar di Pasar Buah Brastagi. Semestinya, pasar ini menjual pelbagai jenis buahan segar dari kebun dan ladang. Bukan setakat buah, terdapat juga pelbagai jenis tanaman malah cenderahati turut dijual disini.
Buah Manggis tu.....
Macam-Macam Tanaman dan Pokok Bunga Turut Dijual
Boleh Jadi Model Buah Oren Tak...
Banyak Betul Cenderahati Cantik-Cantik Disini..

Bagi saya, memang buah-buahan disini dijual murah. Tapi, kami tak keluarkan duit sangat disini, sekadar jalan-jalan dan merasa buah-buahan. Selepas puas berpusing-pusing di pasar buah ini, kami meneruskan perjalanan ke tempat makan tengahari.


1.45 PM (WIB) : Lunch Di Panorama Restoren
Kami dibawa ke Panorama Restoren di Brastagi ini. Jikalau dari pasar buah, lebih kurang 10 minit sahaja. Maka, disini, tibalah masa untuk mengisi perut. Kami dihidangkan dengan nasi ayam penyet dan semestinya air kosong.
Panorama Resto...Besar Jugak Kedai Nie..Bertingkat-Tingkat..
Nah....Ambil Lauk Ni Sikit....
Macam Biasa..Adat Swafoto Bersama Sebelum Makan...

Pada pengamatan saya, rasa nasi ayam penyet ini sedap juga sebenarnya, tetapi agak kurang pedas akan rasa sambalnya. Mungkin sudah terbiasa makan nasi ayam penyet di Malaysia yang sambalnya agak pedas, tatkala berkunjung ke restoren ini, rasa lain sikit seleranya. Makanan sampingan yang disediakan seperti sayur campur dan telur goreng sedikit sebanyak merancakkan selera kami semua. Walau bagaimanapon, alhamdulillah, perut sudah diisi dan ayuh bergerak ke destinasi seterusnya.


2.45 PM (WIB) : Gundaling Farm
Seterusnya, kami semua di bawa ke Gundaling Farm Brastagi untuk melihat sapi dengan lebih dekat. Ladang sapi ini, selain membela sapi ataupun lembu, ianya turut menjual produk tenusu yang telah diproses seperti susu segar dan yogurt. Ketika kami berkunjung ke sini, memang ramai betul pengunjung yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda yang baru pulang dari sekolah.
Ada Nampak Tak Lembu Besar Di Belakang Tu...
Tak Nampak Lagi Tak Tahu La..Asyik Letak Gmbar Orang Jer...Letak Gambar Lembu Pula..
Susu dan Yogurt...Sedap dan Lemak Manis Rasanya...

Seperti yang tertera di dalam gambar, susu disini dijual dalam tiga perisa. Susu murni (asli) berharga 20000 IDR sebotol ataupun RM 6.00 sebotol manakala susu berperisa strawberi dan coklat masing-masing berharga 22000 IDR (RM 6.60). Untuk yogurt perisa strawberi dan original, harga adalah 8000 IDR ataupun sekitar RM 2.40 setiap satu. Sambil-sambil minum susu yang sememangnya segar itu, kami beransur ke destinasi seterusnya.


3.20 PM : Kebun Strawbery Rini Colia
Destinasi seterusnya adalah kebun strawberi Rini Colia berdekatan sahaja daripada Gundaling Farm, sekitar 10 minit perjalanan sahaja dengan kereta. Sepatutnya disini, kami boleh memetik dan memilih sendiri strawberi yang diingini, namun mungkin kerana ketika kami sampai ke sini, waktu sudah petang, jadi semua strawberi telahpun dipetik pada waktu pagi sebelumnya. Maka tiada lagi strawberi untuk dipetik. Namun, kami masih dibenarkan untuk bersiar-siar dan bergambar di sekitar kawasan kebun.
Kebun Strawbery Rini Colia
Strawberi Tiada...Tapi Gambar Kami Ada...
Antara Pemandangan Dalam Kawasan Kebun Nie...
Ambil Gambar Lagi, Bukan Selalu Nak Datang...

Jadi, tiada apa yang boleh dibuat sangat sebenarnya disini selain mengambil gambar. Tetapi sebelum beransur ke destinasi seterusnya, kami sempat membeli 2 kotak strawberi dan sedikit coklat cair untuk dimakan bersama ketika pulang ke hotel. Harga strawberi setiap satu bekas plastik kecil adalah 20000 IDR ataupon RM 6.00. Maaf, lupa pula nak ambil gambar strawberi yang dibeli itu.


3.45 PM (WIB) : Taman Alam Lumbini
Destinasi seterusnya adalah Taman Alam Lumbini ataupun tempat ini sebenarnya temple untuk penganut agama Budha di Brastagi. Kami diberi kesempatan untuk melawat tempat ini dan melihat akan keunikan seni bina dengan lebih dekat. Sebelum memasuki tempat suci ini, kami diperiksa terlebih dahulu agar tidak membawa benda terlarang seperti makanan dan minuman, senjata tajam dan sebagainya. Semestinya, beg galas turut tidak dibenarkan dibawa masuk.
Kuil Besar Di Taman Alam Lumbini
Mesti La Kena Ambil Gambr Latar Belakang..
Pemandangan Tatkala Kami Melangkah Masuk
Ini Adalah Pohon Harapan...Wishing Tree...Bnyak Betul Orang Tulis dan Gantung Kat Pokok Nie..
Kertas Putih Seumpama Daun Itu Semuanya Bertulis Akan Permintaan dan Hajat...
Selain Warna Putih, Terdapat Juga Warna Lain Seperti Pink, Hijau dan Oren...

Ketika kami datang, semestinya ramai pengunjung yang turut hadir. Menurut supir kami, pengunjung bukan sahaja dari kawasan Brastagi, malah terdapat juga penganut yang datang jauh nun dari Medan untuk bersembahyang di sini. Setelah hampir satu jam juga puas bergambar di dalam dan luar kawasan kuil, kini tiba masanya untuk kami pulang ke hotel di Brastagi untuk berehat.


7.30 PM (WIB) : Makan Malam Sekitar Kawasan Hotel
Untuk makan malam, kami memilih untuk makan di hadapan kawasan Hotel Green Garden. Sekadar menyeberangi hotel untuk sampai ke kedai makanan yang terletak betul-betul ditepi jalan. Di kedai ini, kami mencuba nasi goreng dan mee acheh yang femes. Banyak dan sedap juga mee acheh berhadapan hotel ini.
Mee Acheh..Makan Dengan Keropok dan Cili Padi...

Selepas makan malam, kami kembali dan hanya berehat di hotel. Maklumlah, hari ini bangun awal dan penuh dengan aktiviti. Saya ambil kesempatan untuk mandi kolam di hotel walaupun sejuk.

Konklusi Hari Ketiga : Sekitar Brastagi
"Aktiviti bermula dengan mendaki Gunung Sibayak untuk menyaksikan matahari terbit. Seterusnya, aktiviti disambung dengan mandi kolam air panas Karona Famili. Sebelum makan tengahari di Panorama Restoren, kami singgah sebentar di Pasar Buah Brastagi. Pada petangnya, kami dibawa ke Gundaling Farm, Kebun Strawberi Rini Colia dan diakhiri dengan melawat kuil Taman Alam Lumbini. Pada malamnya, kami hanya makan dan berehat sahaja."



Day 4 - 26 November 2017


8.00 AM (WIB) : Breakfast Dan Check-Out
Selamat pagi dan sebelum meneruskan aktiviti untuk hari keempat ini, semestinya aktiviti pertama adalah makan pagi. Seperti biasa, kami masih menetap di Hotel Green Garden, Brastagi dan ini adalah makan pagi kami yang terakhir disini sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.
Ini Adalah Papan Yang Boleh Disewa Untuk Upacara Tertentu...Guna Bunga Plastik Untuk Hiasan Tulisan..
Breakfast Seimbangkah Ini?. Siap Ada Buah Lagi tu...
Pemandangan Awal Pagi Hotel Green Garden, Brastagi...

Maka selepas selesai makan pagi, bersiap siaga, mandi dan check-out hotel, maka kami beransur ke destinasi seterusnya iaitu Medan. Selama dua hari kami menetap di hotel ini banyak juga perkara yang telah kami lakukan di Brastagi ini. 


9.50 AM (WIB) : Makan Durian
Dalam perjalanan ke Medan, kami singgah sebentar di gerai tepi jalan yang menjual durian. Memang, menjadi hajat kami dari hari pertama lagi untuk makan durian di Indonesia ini. Keinginan ini timbul tatkala melihat begitu banyak durian dijual di bahu jalan sepanjang perjalanan kami merentasi perkampungan di Indonesia ini. Jadi supir kami pun bersetuju untuk membawa kami ke tempat yang dirasanya bagus untuk makan durian ini.
Besar dan Tersusun Semua Durian Tu...
Tanpa Aku Sedari, Dorang Nie Semua Bedal Habis Sekejap jer Tiga Biji...

Semestinya, harga durian di sini lebih murah berbanding dengan Malaysia. Yang bagusnya, kami boleh memilih pelbagai rasa dan penjual akan mencari durian yang sesuai mengikut citarasa kami. Sebut sahaja, mahu yang manis, sedikit pahit, kuning ataupon putih, pasti akan dicari oleh penjual. Bukan itu sahaja, jika durian buruk sedikit, pasti akan diganti dengan yang baru. Kami makan 3 biji durian bersaiz besar dan sederhana dengan harga 100000 IDR ataupun RM 30.00. Selepas puas makan durian, maka kami meneruskan perjalanan berliku ke Medan.




10.45 AM (WIB) : Kedai Kain Medan
Sebaik sahaja sampai di kawasan Medan, kami terus dibawa ke kedai kain. Memang kedai ini menjual pelbagai jenis kain, daripada kain pasang, kain pelikat, kain batik, telekung, kopiah dan sebagainya. Hari-hari terakhir ini, memang kami akan menghabiskan duit untuk membeli barangan yang dirasakan boleh dibawa pulang dan diberikan kepada ahli keluarga.
Banyak Ke Kami Shopping Kat Sini?..Macam Banyak Jer...

Lama juga kami disini untuk runding harga dan memilih pelbagai jenis design yang dirasakan menarik untuk dibeli. Semestinya, setiap daripada kami mengeluarkan duit di kedai ini. Malah, ada yang terlebih belanja dan sudah lari bajet. Mana tidaknya, harga murah menyebabkan kita serba salah untuk berbebelanja. Untuk harga, satu kain pelikat ataupon kain batik berharga 60000 IDR ataupun RM 18.00.




12.15 PM (WIB) : Kedai Kek Rika
Selepas berborong sakan di kedai kain, kami menuju ke Kedai Kek Rika untuk membeli kek pula. Kedai Kek Rika di Medan ini menjual kek lapis dan kek anbon pelbagai perisa daripada pandan, original dan sebagainya. Kek anbon rupanya seperti kek bakar tetapi mempunyai lubang-lubang (hollow). Satu kilogram kek lapis mahupun kek anbon ini berharga 100000 IDR ataupon RM 30.00. 
Gambar Kek Tak Ambil, Ambil Gambar Kotak Sahaja..Tapi Ada Kek Dalam Tu...

Disini, kami hanya merasa dan menempah dahulu kek yang ingin dibeli. Kek yang telah ditempah akan dihantar ke lobby hotel esok harinya. Barulah kek segar dan fresh untuk dibawa pulang ke Malaysia.




12.45 PM (WIB) : Lunch Di Restoren Cinde Laras
Setelah puas membeli dan mengahabiskan duit, kini tiba masanya untuk kami mengisi perut. Untuk makan tengahari, kami dibawa ke restoren Ayam Penyet Cinde Laras. Semestinya disini kami makan ayam penyet lagi. Di Indonesia ini, kami hanya makan ayam penyet sahaja.
Welcome To Cinde Laras...
Nasi Ayam Penyet Dengan Teh Botol...Memang Indonesia Betul...

Kami makan ayam penyet bersama-sama dengan teh botol original daripada Indonesia. Di Malaysia juga ada dijual teh botol ini. Memang sedap nasi ayam penyet disini. Rasanya tidak terlalu pedas, sedang-sedang sahaja. Rasa macam banyak kali sudah makan ayam penyet, namun bagi saya, rasa setiap ayam penyet ini berbeza mengikut restoren.




2.30 PM (WIB) : Medan Mall
Selepas selamat makan tengahari, kami beransur ke Medan Mall. Pasaraya membeli-belah ini merupakan pasaraya pertama di Medan ini. Disini, kami hanya membuang masa dan bersiar-siar sekitar mall sahaja. Walaupun terdapat banyak juga kedai yang menjual pelbagai pakaian, kasut, topi dan sebagainya, tetapi kami langsung tidak mengeluarkan duit di gedung membeli-belah ini.
Ada Pokok Besar Depan Mall Nie...Ramai Orang Lepak Sini..

Jadi waktu kami hanya dihabiskan dengan window shopping sahaja. Mungkin tiada apa yang menarik untuk dibeli di shopping mall ini. Ataupun mungkin juga, duit yang dibawa sudah tinggal sedikit dan ada barang yang lebih penting untuk dibeli di tempat lain.




3.30 PM (WIB) : Check-In Hotel Antares
Kami kembali ke hotel pada hari pertama kami sampai ke Medan ini. Kami akan menghabiskan malam terakhir kami disini. Memandangkan ini adalah malam terakhir kami disini, jadi kami semua bersetuju untuk membawa semua barang yang telah kami beli ke dalam bilik. Tujuannya, adalah untuk mengemas semua barang agar lebih teratur dan membahagikan berat maksima yang boleh dibawa ke dalam flight.
Masuk Kembali Ke Hotel..Banyak Juga Barang Korang Beli Tu...
Ayuh Kalian Masuk Ke Dalam Hotel...

Jadi, selepas semua barang telahpun selamat dibawa ke dalam bilik, kami berehat seketika sebelum bersetuju untuk bersiar-siar sekitar kawasan hotel.




4.00 PM (WIB) : Masjid Raya Al-Mashun
Kami berjalan sahaja ke kawasan masjid bagi menunaikan solat asar. Perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja daripada Hotel Antares di Medan. Masjid Raya Al-Mahsun ini memang satu daripada peninggalan sejarah yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Senibina bangunannya juga sungguh cantik.
Masjid Raya Al-Mahsun, Medan
Cantik Design Masjid Raya Nie...
Mesti La Kena Ada Gambar, Bukan Selalu Boleh Datang Kot...
Pemandangan Dalam Kawasan Masjid...

Sememangnya, ketika kami sampai, memang ramai betul orang. Orang yang datang untuk menunaikan solat dan semestinya pengunjung yang datang untuk bergambar di sekitar kawasan masjid yang cantik ini.



5.00 PM (WIB) : Bersiar-Siar Sekitar Kawasan Masjid
Alhamdulillah setelah selesai solat, kami sekadar bersiar-siar di kawasan masjid. Terdapat taman rekreasi kecil bertentangan dan seberang jalan kawasan Masjid Raya. Jadi kami sekadar menikmati suasana di kawasan Medan disamping membuang masa.
Besar Juga Taman Rekreasi Ini...
Jejantas Pon Nak Bergambar Juga...

Setelah rasa bosan bersiar-siar di taman, kami menyeberangi jalan untuk ke pasaraya. Terdapat satu gedung membeli-belah yang agak besar juga di hadapan kawasan Masjid Raya ini. Jadi, kami window shopping sahaja di mall ini. Dalam perjalanan kembali ke hotel, kami hanya menikmati ais krim buatan Indonesia sahaja.



7.30 (WIB) : Makan Malam Di Hadapan Hotel
Tiada lagi aktiviti untuk malam ini selain daripada makan malam. Untuk memudahkan kami semua, kami makan malam dihadapan hotel sahaja. Saya memilih untuk makan murtabak mesir seperti mana hari pertama kami sampai di Medan ini. Ada diantara kami makan nasi goreng, mee dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, kami juga turut makan sate padang. Beli sekadar untuk merasa sahaja.
Tak Cukup Ke Dinner Tadi...
Makan Lagi Sate Padang...

Jadi, begitu aktiviti pada malam hari kami semua. Makan dan makan sahaja. Enam cucuk sate padang ini berharga 20000 IDR ataupun lebih kurang RM 6.00. Turut disertakan kuah dan nasi himpit, namun bukan kuah kacang seperti di Malaysia, kuah seakan kari dhal yang berwarna sedikit kekuningan. Rasa boleh tahan sedap juga, tetapi sate di Malaysia dengan kuah kacang lagi sedap rasanya pada pendapat saya.

Konklusi Hari Keempat : Brastagi - Medan
"Aktiviti bermula dengan makan pagi di Hotel Green Garden, Brastagi dan seterusnya berangkat ke Medan. Berhenti seketika untuk makan durian dalam perjalanan ke Medan. Sampai di Medan, kami ke kedai kain dan kedai kek. Selepas makan tengahari di Cinde Laras Restoren, kami ke Medan Mall dan seterusnya check-in di Hotel Antares, Medan. Petangnya, ke Masjid Raya Al-Mahsun dan bersiar-siar dikawasan sekitar. Pada malamnya, kami makan sahaja disamping kemas barang dalam bilik."


Day 5 - 27 November 2017


9.35 AM (WIB) : Melawat Istana Maimun
Tepat sahaja pada jam 9.00 pagi, kami sudah check-out dari Hotel Antares dan berangkat ke Istana Maimun. Istana peninggalan Kesultanan Deli ini hanya 15 minit daripada hotel tempat kami bermalam. Istana ini juga merupakan landmark di Medan ini. Jikalau berkesempatan ke Medan, seharusnya berkunjung ke istana ini.
Rekaan Luaran Istana Maimun...
Dihadapan Pintu Masuk...
Terasa Macam Antik Sahaja Kabinet Tu....
Singgahsana Sultan...Berkilau-Kilau..
Berlatar Belakang Tempat Duduk Sultan...Nak Naik Tak Boleh...
Gambar Nak Nampak Chandelier La tu...
Siapakah Akan Duduk Disebelahku Nanti.....
Merenung Ke Luar Jendela....

Setelah puas bergambar di dalam istana ini, maka sudah tibanya masa untuk kami keluar dan menuju ke destinasi seterusnya. Lebih kurang satu jam lebih juga kami disini, berpusing-pusing dan mengambil gambar. Untuk pengetahuan anda, dalam istana ini terdapat baju melayu klasik yang boleh disewa dan diperagakan untuk anda mengambil gambar. Bajunya bersinar-sinar seperti baju orang kahwin berserta keris dan tengkolok. Kami memang tak sewa, namun ada pengunjung yang sewa, jadi terpulang.

Sebaik sahaja, kami keluar daripada Istana Maimun, kami terus ke kedai souvenirs yang terletak di luar sahaja kawasan istana. Ini adalah tempat terakhir untuk kami membeli segala cenderahati yang diinginkan. Kami mengambil kesempatan untuk membeli baju dan cenderahati sebagai kenang-kenangan.
Pilih Dik..Yang Mana Berkenan....
Jangan Lupa Bayar Sahaja....Beli Banyak Boleh Kurang...
Macam Cantik Je Gendang Kecil Nie...

Pelbagai jenis baju dan cenderahati boleh dipilih merangkumi keychains, fridge magnets  dan sebagainya. Seharusnya, kemahiran untuk runding harga amat diperlukan disini. Seperti biasa, jikalau beli banyak boleh diminta untuk kurang harga. Baju dewasa pelbagai saiz sekitar 30000 IDR ke 50000 IDR (RM 9.00 - RM 15.00) satu helai. Semestinya semua daripada kami membeli sekurang-kurangnya satu helai baju untuk dibawa pulang ke Malaysia.


11.30 AM (WIB) : Lunch di Ayam Penyet Cindelaras
Ini merupakan aktiviti terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia. Walaupun restoren ini femes dengan ayam penyet, namun kami memilih untuk makan ikan penyet. Sama sahaja menunya, cuma ayam ditukar menjadi talapia goreng.
Ayam Penyet Cindelaras...tapi cawangan lain la..
Bosan Dengan Ayam...Makanlah Ikan Penyet Pula...
Sambal Pedas Gila kat Sini....hahaha...

Disini, ternyata sambal yang paling pedas sekali diantara semua restoren nasi ayam penyet yang telah kami kunjungi. Memang padu sehingga boleh mengalir air mata. Jikalau perut tak tahan, memang selalu ke tandas jawabnya. Alhamdulillah, setelah selesai makan, kami berangkat ke Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan untuk kembali ke tanah air.



12.40 PM (WIB) : Tiba Di Lapangan Terbang Kuala Namu
Pejam celik, pejam celik dan bersuka ria, tamat sudah pengembaraan kami di satu daerah kecil di Indonesia ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Maka, kami harus mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada supir yang setia membawa kami menusuri pelusuk Medan, Parapat dan Brastagi iaitu Mas Dian. Terima kasih atas layanan dan kemesraan anda. Memang terbaik.
Terima Kasih Mas Dian....Gambar Terakhir Dengan Supir....

Konklusi Hari Kelima : Medan


"Hanya ada satu aktiviti hari ini iaitu melawat ke Istana Maimun di Medan. Setelah puas melawat dan mengambil gambar, kami membeli cenderahati di kawasan luar istana. Seterusnya, kami makan di Restoren Ayam Penyet Cindelaras dan meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia."
Sebenarnya, sambil-sambil menunggu di airport itu, kami sempat lagi shopping menghabiskan sisa-sisa duit. Beli kek dan cenderahati yang mana berkenan di hati. Flight kami semua jam 3.30 PM waktu Indonesia dan alhamdulillah, kami selamat sampai ke Malaysia jam 5.30 PM waktu Malaysia.
Ayuh Pulang Ke Malaysia....


SETINGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH
Terima Kasih Kepada Anda Semua, Tanpa Anda Saya Tak Bercuti La Jawabnya..Terima Kasih...

Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka iaitu sahabat dan teman yang bersusah payah merencana, mengurus, menghubungi, mengutip wang dan sebagainya dalam memastikan percutian kali ini penuh bermakna buat kita semua terutamanya diri saya sendiri. Terima kasih banyak-banyak atas segala usaha anda semua : 

  1. Zulkarnain Mokhtar (Nano)
  2. Rusydi Buchek
  3. Azzam Razali
  4. Fitry Shukor (Panda)

Tidak dilupakan kepada Mas Dian, supir kami yang gigih memandu kereta dari satu daerah ke daerah yang lain dalam memastikan kami selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Mas Dian yang membawa kami naik Gunung Sibayak, terima kasih juga diucapkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merencanakan percutian ini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan. InsyaAllah, tahun 2018 jikalau ada rezeki kita bercuti lagi ke tempat lain pula.


Event : PERCUTIAN KE MEDAN, INDONESIA 2017
Tarikh : 23 - 27 NOVEMBER 2017
Tempat : MEDAN, PARAPAT, BRASTAGI

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca penulisan saya. Sebagai penutup, saya letakkan gambar-gambar kenang-kenangan sepanjang kami berada disana. Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang. Bagi like sikit. (senyum). Assalamualaikum.


GAMBAR - GAMBAR UNTUK DIKENANG-KENANGKAN
Departure : Sebelum Naik Flight
Dalam Kapal Terbang...
Arrival : Sebaik Sahaja Tiba Di Indonesia
D1 : PATEN - Beli Kekacang La...
D1 : PARAPAT - Just Nice View
D1 : PARAPAT - Disebalik Gambar

D1 : PARAPAT - Just Another Nice View
D1 : PARAPAT - Gambar dan Suasana

D1 : PARAPAT - Sinaran Mentari Menembusi Awan

D1 : PARAPAT - Sebelum Gerimis Menjelma

D1 : PARAPAT - Bunga Matahari
D1 : PARAPAT - Bunga Apa Yang Dipetik Itu

D1: PARAPAT - Rusydi Dengan Gayanya
D1 : PARAPAT - Azzam Dengan Bersahajanya
D1 : PARAPAT - Panda Dengan Senyumannya
D1 : PARAPAT - Nano Dengan Manisnya
D1 : PARAPAT - Mad Shan Dengan Excitednya..
D1 : PARAPAT - Sebelum Makan Malam Tiba..
D2: DANAU TOBA - Merentasi Tasik Yang Indah Pemandangannya
D2 : DANAU TOBA - Layan Perasaan

D2 : DANAU TOBA - Swafoto Bersama

D2 : DANAU TOBA - Sambil Mendengar Cerita Mas Dian
D2 : DANAU TOBA - Pakai Sunblock Katanya
D2 : DANAU TOBA - Hanya Bot Merentasi Tasik
D2 : DANAU TOBA - Segan Pula Panda
D2 : DANAU TOBA - Cakk......Wefie Satu Kali..
D2 : DANAU TOBA - Semua Nak Ambil Gambar..hahaha
D2 : DANAU TOBA - Selfie dalam Wefie...??
D2 : DANAU TOBA - Lihatlah Awan Itu.....
D2 : DANAU TOBA - Ditengah Tasik Rasanya
D2 : DANAU TOBA - Hahahahaha....
D2 : DANAU TOBA - Sampai Ke Seberang...
D2 : SAMOSIR - Khusyuk Betul Semua Dengar Cerita
D2 : SAMOSIR - Gaya Iron Man Terbang?..
D2 : SAMOSIR - Tangga Rumah Orang Batak
D2 : SAMOSIR - Panas-panas la Nak Bersembang Dekat Meja Batu Nie..
D2 : SAMOSIR - Swafoto Bersama Sebelum Mendengar Cerita Orang Batak
D2 : SAMOSIR - Panda Dan Bunga...
D2 : SAMOSIR - Nano Dan Cenderahati...
D2 : SAMOSIR - Nak Juga Gambar Di Tangga
D2 : SAMOSIR - Mas Dian Dan Ceritanya...
D2 : SIMARJARUNJUNG - Pemandangan Berkabus...
D2 : SIMARJARUNJUNG - Selepas Kena Teh Halia...
D2 : SIPISO PISO - Cantiknya Ciptaan Tuhan..
D2 : SIPISO PISO - Air Terjun Jatuh Atas Kepala...
D2 : SIPISO PISO - Rusydi Happy Jer...
D2 : SIPISO PISO - Mad Shan Peace Jer...
D2 : SIPISO PISO - Azzam Berdiri Jer...
D2 : SIPISO PISO - Panda Nak Minum Jer...
D2 : SIPISO PISO - Tunjuk Itu Air Terjun...
D3 : SIBAYAK - Batu-Batuan Dan Sulphur
D3 : SIBAYAK - Ambil Gambar Gunung Sinabung
D3 : SIBAYAK - Sejuk Sangat Ke tu...
D3 : SIBAYAK - Cantiknya....Cahaya Jingga
D3 : SIBAYAK - Gunung Sinabung
D3 : SIBAYAK - Ambil Gambar Banyak-Banyak...
D3 : SIBAYAK - Gambar Bersama Mas Dian..Si Penunjuk Jalan
D3 : SIBAYAK - Nano dan Pemandangan
D3 : SIBAYAK - Gunung Sinabung...Asap Putih tu Wap Panas Sebenarnya...
D3 : SIBAYAK - Rusydi Dan Sinabung Dibelakangnya
D3 : SIBAYAK - Sinabung Ada Kat Belakang Tu...
D3 : SIBAYAK - Azzam Pon Nak Gambar Dengan Gunung Sinabung
D3 : SIBAYAK - Just Another Nice View...
D3 : SIBAYAK - Ada Juga Gambar Berdua..Baru Perasan...hahahah
D3 : SIBAYAK - Azzam dan Kelopak Air Hijau...
D3 : SIBAYAK - Nano Tahan Je Hidung Bau Sulphur
D3 : SIBAYAK - Terima Kasih Rusydi Amik Gambar Nie...Lawa Giler...
D3 : SIBAYAK - Panda dan Gaya Sakit Perut Katanya...
D3 : SIBAYAK - Rusydi Posing Ala-ala Model Ker...
D3 : SIBAYAK - Pemandangan Dalam Perjalanan Turun
D3 : SIBAYAK - Itu Gunung Sinabung...Nampak Tak...
D3 : SIBAYAK - Gunung Sinabung..Cuit Sikit...
D3 : SIBAYAK - Belakang Itu Adalah Asap Letusan Gunung Berapi Aktif
D3 : SIBAYAK - Pokok dan Lumut Hijau...
D3 : KOLAM AIR PANAS SIBAYAK - Gambar Sebelum Mandi
D3 : KOLAM AIR PANAS SIBAYAK - Seronok La Dapat Mandi Manda
D3 : PASAR BUAH BRASTAGI - Comel Tak Saya....
D3 : PASAR BUAH BRASTAGI - Nano Pilih Cenderahati
D3 : KEBUN STRAWBERI - Nak Petik Strawberi, Strawberi Tak Da...hahaha
D3 : KEBUN STRAWBERI - Nano Duck Face Ke tu....
D3 : KEBUN STRAWBERI - Rusydi Nie..Bunga Apa La Dia Bau tu...
D3 : ALAM LUMBINI - Wishing Tree Hijau...
D3 : ALAM LUMBINI - Gambar Bersama Wishing Tree Hijau
D3 : ALAM LUMBINI - Nano Ambil Aura ke apa nie....hahaha..
D3 : ALAM LUMBINI - Rusydi Muka Terkejut Kenapa tu...
D3 : ALAM LUMBINI - Wishing Tree Pink...Siapa Disebalik Pokok Itu...
D4 : SIBAYAK - Berhenti Makan Durian...Sedapnya.....
D4 : MEDAN - Selesai Borong Kain...
D4 : MASJID RAYA - Swafoto Bersama Didepan Masjid
D4 : MASJID RAYA - Ramai Orang Lain Pon Ambil Gambar Juga
D4 : MASJID RAYA - Sibuk Trafik Depan Masjid nie...
D5 : ISTANA MAIMUN - Sebelum Masuk Ke Dalam Istana
D5 : ISTANA MAIMUN - Cakkk.....Tuan Blog Photobomb...
D5 : ISTANA MAIMUN - Jom la Masuk, Depan Pintu Masuk Pon Nak Bergambar Juga...
D5 : ISTANA MAIMUN - Nano dan Panda Bergabung...
D5 : ISTANA MAIMUN - Cantik Lampu tu....
D5 : ISTANA MAIMUN - Yup, Memang Cantik Lampu tu...
D5 : ISTANA MAIMUN - Gaya Nano Tak Nak Kalah...
D5 : ISTANA MAIMUN - Ukur Baju Di Badan Sendiri
D5 : ISTANA MAIMUN - Baju Kanak-Kanak..Cantik Juga...
D5 : ISTANA MAIMUN - Hanya Mad Shan Dan Kamera
D5 : KUALA NAMU AIRPORT - Sambil Tunggu Flight
D5 : KUALA NAMU AIRPORT - Masih Tunggu Flight
D5 : KUALA NAMU AIRPORT - Melangkah Ke Kapal Terbang
D5 : KUALA NAMU AIRPORT - Selamat Tinggal Indonesia, Semoga Bertemu Lagi

Tahniah, anda baru sahaja menyaksikan 105 keping gambar kenangan kami semua di Indonesia. Terima kasih kerana baca dan skrol sehingga anda baca mesej ini. Terima kasih atas sokongan anda.


#perjanjiantakberdarah #whathappensinmedanstaysinmedan #travel2017 #madshanpenciptamemori

1 comment:

  1. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.





    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...