Tuesday, May 29, 2018

OCTO AMBITION PLUSHIES CIMB LIMITED EDITION


Assalamualaikum w.b.t,

Rasa macam lama betul tidak update blog keramat ini. Apa-apapon, terima kasih kepada anda yang masih lagi sudi berkunjung ke blog saya ini. Untuk entri kali ini, suka untuk saya ceritakan berkenaan patung comel ataupun plushies CIMB yang saya semangat kumpul.

Secara jujurnya, saya pon tidak tahu kenapa saya kumpul semua edisi patung ini. Mungkin kerana comel dan mungkin kerana ianya limited edition sama seperti emas 1 gram edisi khas Agong ke 15. Jadi saya pon kumpul kesemuanya.


Ayuh Kumpul Kesemuanya...
Simpan Dalam Plastik Lagi
Secara amnya, CIMB mengeluarkan hanya satu patung edisi khas setiap bulan yang boleh dituntut bermula dari bulan Disember 2017 sehingga bulan Mei 2018. Kesemuanya ada enam jenis patung dengan watak ataupon pekerjaan tersendiri. Syaratnya adalah dengan deposit wang berjumlah tiga ribu ringgit kedalam akaun simpanan CIMB anda di mana-mana cawangan bank CIMB yang mengambil bahagian.

Dengan jumlah tiga ribu ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun anda, anda layak untuk membawa pulang satu jenis octo yang ditawarkan untuk bulan itu. Namun, selepas anda memasukkan wang berkenaan, wang itu tidak boleh dikeluarkan (duit akan hold) selama tiga bulan. Senang cerita, duit itu akan float selama tiga bulan sebelum ianya benar-benar masuk (terpapar) ke dalam akaun anda.


Jan18 : Magician
Magician Octo Ada Tongkat Sakti
 Secara jujurnya, octo magician ini adalah yang menarik perhatian saya. Ini kerana topinya yang begitu tinggi dan tongkat sakti yang dipegang di sisinya. Kerana nak dapatkan octo inilah saya sanggup ke branch CIMB berhampiran Sunway Pyramid bagi mendapatkannya. 

Walau bagaimanapun, saya datang ketika awal bulan Februari 2018 dimana octo yang lain ditawarkan pada masa itu. Namun, kerana baik hati kakak yang jaga kaunter di sunway itu, dia membenarkan saya membawa pulang magician octo. Semestinya atas dasar baik bos besar CIMB cawangan Sunway juga. Terima kasih.

Walaupon saya datang ketika bulan berlainan octo yang ditawarkan, saya masih boleh dapatkan octo yang lepas. Hal ini menyebabkan saya terfikir untuk mengumpul kesemua octo edisi terhad ini. Semestinya, jika terdapat stock barulah saya boleh dapatkannya.


Dec17 : Pilot & Feb18 : Director
 Director Octo Pegang Clapboard & Pilot Octo Pakai Goggles
Sebulan selepas itu, pada bulan March 2018, saya kembali ke cawangan CIMB yang sama untuk menuntut dua octo sekaligus iatu octo Pilot dan Director. Pada ketika ini saya telah berhasrat untuk mengumpul kesemua octo. Jadi, dalam pemilikan saya sudah ada tiga octo setakat ini iaitu Magician, Pilot dan Director.


Mar18 : Artist ; Apr18 : Archaeologist & May18 : Chef
Berus Lukisan, Shovel dan Frying Pan
Selepas dua bulan, iaitu pada bulan May 2018, saya kembali ke branch CIMB yang sama untuk menuntut tiga octo sekaligus. Kakak CIMB yang menjaga kaunter sudah kenal dengan saya dan tahu tujuan saya untuk mendapatkan octo.

Semestinya, berbekalkan sedikit simpanan yang saya ada, serta pusingan duit yang telah dimasukkan ke dalam akaun saya (selepas tiga bulan float, deposit bulan Januari 2018), saya tuntut tiga octo sekaligus iaitu artist, archaeologist dan chef pada satu transaksi. Nasib baik masih ada stock artist octo walaupun sudah lewat dua bulan (sepatutnya kena tuntut pada bulan March 2018).


Kesemua Ambition Octo Telah Berjaya Di Kumpul
Maka dengan ini, lengkaplah kesemua enam edisi terhad octo CIMB yang telah saya kumpul. Saya masih tak tahu kenapa saya kumpul plushies ini. Mungkin boleh letak dalam kereta dikemudian hari, mungkin juga boleh dijual kepada mereka yang berminat.

Sekian dulu untuk entri kali ini. Suka untuk kongsikan kegembiraan saya dapat mengumpulkan kesemua octo ini. Terasa macam nak kumpul juga octo edisi terhad World Cup 2018. 

Berikut adalah rupa kesemua Octo Ambition Plushies Limited Edition yang telah diiklankan. Saja nak letak kat sini juga. Berjumpa lagi dalam entri akan datang InsyaAllah.

Assalamualaikum w.b.t dan terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...