Sunday, January 13, 2019

PERCUTIAN KE MELBOURNE, AUSTRALIA 2018


Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog keramat rahishan.com. Seperti yang tertera dekat tajuk, entri kali ini akan menceritakan perjalanan dan percutian kami berlima ke Melbourne Australia. Setahun juga untuk merencana dan merangka percutian selama 6 hari 5 malam ini.

Secara jujurnya, percutian kali ini lebih kepada sightseeing dimana kami melawat beberapa tempat menarik di sekitar Melbourne. Jadi, bagi memudahkan pembacaan dan penulisan, saya kongsikan timestamp aktiviti dan gambar untuk tatapan.


9.30 PM: KLIA2
Sekitar suasana sebelum menaiki pesawat Air Asia dari KLIA2 ke Melbourne, Australia. Biasalah, kena datang awal ke airport untuk uruskan bagasi dan sebagainya. Penerbangan kami semua ke Melbourne dijadualkan pada jam 10.25 malam waktu Malaysia.

Bincang nak ambil luggage ke tidak, akhirnya ambil juga...

Tipikal gambar kena ambil menunjukkan seronok nak bercuti...

Selfie sambil menuggu untuk boarding naik kapal terbang...

RM 10 untuk dua botol air mineral dalam penerbangan...

Rusydi yang ambil gambar ini dari berlepas sehingga sampai, bosan agaknya lama sangat penerbangan...


HARI PERTAMA (1/11/2018)

11:00 AM : Melbourne Airport, Australia. 
Alhamdulillah, selamat sampai juga kami berlima disini. Penerbangan mengambil masa selama 7 jam lebih untuk sampai ke destinasi.

Muka excited, mengantuk plus lapar sebab dalam flight tak order makanan...


11:20 AM : Simkad dan Kereta Sewa. 
Kami membeli satu simkad untuk kegunaan internet serta bagi memudahkan navigasi kami semua ke tempat yang ingin dituju. Simkad berharga 10 AUD dengan kouta internet 4GB dan boleh digunapakai selama seminggu. Kemudian, kami tempah dan uruskan kereta sewa serta solat di airport. Kami dapat kereta Nissan Qashqai untuk kegunaan empat hari pada harga 111.12 AUD.

Rusydi dan Panda nego untuk beli simkad...  

Satu daripada landmark apabila keluar daripada Melbourne Airport...

Satu daripada kaunter untuk kereta sewa...Semua pergi nego tu...

Akhirnya, pergi kaunter lain dan dapat deal yang lagi bagus...Dapat Nissan Qaishqai...


2:30 PM : Melbourne Kebab Station
Semestinya kami ke sini untuk makan tengahari sebab memang lapar sangat. Pemilik memang mesra dan kebab memang besar dan penuh dengan daging. Kami meneruskan perjalanan keluar dari CDB (Central Business District) untuk menuju ke tempat penginapan di pinggir bandar.

Melbourne Kebab Station...Macam ini signboard dia...

Seronok la diorang nie tengok owner dia mesra pelanggan sangat...Orang Arab memang mesra...

Filling kebab ayam dan daging...

Antara menu yang terdapat...kami semua ambil "Kebab Combo" tu...15 AUD besar...10 AUD kecil...

Sempat la selfie satu dua sebelum dorang nie semua tak sabar-sabar nak makan...

Dah nak makan separuh baru nak ambil gambar...Kami memang lapar...

Aku dan Panda ambil large...Nano ambil kecil jer...tapi memang kenyang dan puas makan...


3:15 PM : (Journey to) Port Campbell Motor Inn. 
Port Campbell terletak begitu jauh daripada pusat bandar, jadi perjalanan mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai. Sememangnya, pemandangan menuju ke luar bandar begitu cantik. Hijau dan menenangkan.

Hantar "Dominos Pizza" naik basikal jer...

Cantik bangunan cafe ini, sabab tu ambil gambar...

Pandai la Panda dan Nano ini mengayat awek Aussie nie...

Beli roti untuk prepare makan malam sebenarnya...

Design stesen minyak BH Petrol...

Panda, angin dan air...

Antara pemandangan hijau dalam perjalanan kami semua...

Kambing biri-biri diternak terbuka sebegini...Banyak boleh dijumpai...


6:30 PM : (Arrived at) Port Campbell Motor Inn. 
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di tempat penginapan. Cantik dan kemas senibinanya. Terdapat juga kolam dan tempat untuk memasak. Penginapan sebuah bilik bagi satu malam disini untuk lima orang berharga 240 AUD lebih kurang.

Selamat datang ke "Port Campbell Motor Inn"...

Pandangan sekitar tempat bermalam kami...

Rusydi dan Azzam daftar sebelum kami diberikan kunci bilik...

Dapat bilik 3 single bed, satu queen bed...not bad...selesa juga...

Terdapat juga kolam dan hujung itu adalah dapur untuk memasak ke BBQ ker...

Pandangan luar macam mana design bilik...


6:45 PM : Twelve Apostles Lookouts. 
Disini salah satu daripada tempat tarikan pelancong. 15 minit sahaja daripada Port Campbell Motor Inn, kami datang untuk menyaksikan saat matahari terbenam. Sememangnya cantik yang amat, seakan berada dalam lukisan.

Signboard besar 'Twelves Apostle' tu...

Map dan tempat lookouts sekitar kawasan ini...

Ayuh kita bergerak ke tempat lookouts...

1 km berjalan kaki ke tempat tinjau Twelve Apostles...

Tak tahu apa nama tumbuhan ini, tapi cantik la...warna putih-putih silver macam tu...

Ada pathway menuju ke tempat lookouts...

Inilah dia "Twelves Apostle" tu...cantik kan...

Pemandangan yang sememangnya, fuhh...cantik sangat...

Dari kiri : Azzam, Nano, Panda dan Rusydi...

Selfie satu dua...Mamat belakang tu siap bawa tripod lagi nak rakam sunset...

Nano dan Rusydi berlatar belakang pemandangan Twelves Apostle tu...

Sekali sekala melayan perasaan...

Selfie satu dua...ramai juga orang kat belakang tu...

Rusydi dan pemandangan...

Dah gelap sikit, matahari nak terbenam...

Dah gelap banyak sikit, tapi masih ada sinaran matahari...

Masih ada lagi sinaran matahari, nak terbenam dah tu...sikit lagi...

Antara saat-saat terakhir sebelum matahari terbenam...

Nampak pantulan sinaran matahari di atas permukaan laut...

Dan matahari pun jatuh..terbenam...maka malam pon tiba...

Musang sesat kat tempat parking...


7:50 PM : Gibson Steps. 
Walaupun gelap, kami gagahi jua untuk menuruni 86 anak tangga untuk sampai ke kawasan pantai di bawah. Mengambil masa lebih kurang 35 minit untuk sampai ke bawah. Agak merbahaya ditambah gelap dan sedikit licin kerana gerimis.

Gagah dah gelap pon nak turun juga "Gibson Steps" nie...

Dah sampai kat bawah, belakang tu laut dan kami pijak pasir sebenarnya, tapi tak nak nampak kan...

Lepas naik keatas balik, penat semuanya...


9:00 PM : Mandi, makan dan rehat. 
Kembali ke tempat penginapan, tiba masanya untuk bersihkan badan dan makan. Makan malam, kami masak mee segera sahaja. Mudah dan senang walaupon tak berapa kenyang, masih alhamdulillah.

Aku nak letak juga gambar maggie nie...bukti makan maggie...


HARI KEDUA (2/11/2018)

9:00 AM : (Check-out) Port Campbell Motor Inn. 
Selepas selesai bersiap, makan dan segalanya, kami berangkat ke destinasi seterusnya iaitu ke rumah api. Untuk sarapan, kami makan sandwich yang dibuat sendiri. Sardin dibawa dari Malaysia. Roti pula dibeli pada hari sebelumnya. (Maaf, tiada gambar sandwich, tak sempat ambil gambar, dah habis dimakan).

Selfie satu dua dengan signboard Port Campbell ini...

Selfie lagi sebelum check-out...

Terima kasih owner tolong ambil gambar kami berlima...


9:30 AM : Castle Cove. 
Perjalanan menuju ke satu daripada tempat tarikan di Cape Othway, iaitu rumah api melalui Great Ocean Road sememangnya menjanjikan pemandangan yang sungguh luar biasa cantik. Perjalanan ke rumah api mengambil masa hampir satu jam sahaja daripada Port Campbell. Tetapi, disebabkan pemandangan yang begitu cantik di kiri dan kanan, jadi kami pon banyak berhenti untuk ambil gambar dan satu daripada tempat itu adalah Castle Cove Beach Lookouts.

Berhenti ambil gambar di lookouts ini pula...

Memang sepanjang perjalanan ditepi laut sahaja...dan cantik sangat...

Kuat betul angin disini...tumbuhan hijau dan lautan biru...

Panda dan Castle Cove signboard...

Ini pula selfie berhadapan dengan lookouts...hijau sahaja pemandangan....

Nano dan kambing biri-biri dibelakangnya...

Geram tengok kambing biri-biri macam kapas belakang tu...

Nak juga la gambar kenangan kat sini...

Panas pon tak rasa sangat sebab berangin dan sejuk...yang penting, pemandangan kat belakang tu cantik...

Tengok betul-betul, ada koala seekor dalam gambar ini...

Baik punya landing koala tu...ini koala liar, banyak boleh jumpa sepanjang perjalanan...


11:15 AM : Cape Otway Lighstation. 
Lepas hampir dua jam perjalanan, sampai juga di rumah api ini. Tiket bayaran masuk bagi seorang dewasa adalah 20 AUD. Rumah api ini adalah antara rumah api tertua di kawasan Victoria dan masih berfungsi sehingga kini. Rumah api ini mempunyai ketinggian 20 meter dan terletak betul-betul di tepi laut. Memang kuat betul angin apabila di puncak.

Map "Cape Otway Lighstation"...

Sebelum mula mengembara, selfie dulu...

Telegraph Station nama bangunan belakang tu...

Dinasour Hut, ada la fosil-fosil sikit dalam pasir tu...

Gambar aku kena photobom dengan dua orang kat belakang tu...

Rusydi dan posing dia tu, dalam Telegraph Station nie...

Gambar siapa la Panda tenung tu...

Tak tahu la kenapa Nano nak ambil gambar dekat sini...

Bajet la minum kopi sambil tulis surat...

Rusydi ajar Panda baca International Code ke?...

International Code, lain corak lain maksudnya...

Rusydi, Panda dan Nano nak juga gambar lompat ini, belakang tu adalah flagstaff dan rumah api hujung tu...

Tak tahu kenapa muka anda semua blurr jer...sebelum menuju ke rumah api...

Gambar kenangan datang melawat rumah api nie...

Selfie kat bahagian atas lepas naik tangga dalam rumah api ini...

Pemandangan memang cantik dan aku gayat...

Angin memang sangat kuat, silap hari bulan, henset boleh terbang jatuh ke dalam laut...

Dah turun dah, ambil lagi satu gambar depan rumah api...

Style juga gambar ini, Nano baru nak lompat, Rusydi dan Panda dah lompat awal...

Ini pula tak tahu la nak lompat ke nak landing nie...

Aku nak lompat juga la...

Ini bergambar depan World War II Radar Bunker kalau tak silap...

Dah elok-elok letak kat situ, kenapa la nak dialihkan...

Panda pegang bunga tu sebenarnya...

Aku suka gambar macam pathway seram ini...

Sebab pokok itu macam senget kot, nampak unik, jadi ambil la gambar dekat situ...

Selfie depan model kapal karam...

Azzam dan Rusydi tengok sourvenir jika berminat nak beli...

Patung Koala...

Patung Kangaroo dan Patung Wombat dibelakang itu...

Poskad depan Nano yang bawah sekali itu adalah Twelves Apostle...


1:30 PM : Iluka Cafe, Apollo Bay. 
Tempat makan tengahari kami selepas puas bersiar-siar di rumah api. Dengan bantuan aplikasi dan carian di google, cafe ini antara yang disarankan untuk dikunjungi terutamanya untuk mencari makanan yang halal. Terdapat juga deretan kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata di Apollo Bay ini.

Selfie satu sebelum makan, fish and chips dan quater chicken tu...

Pemandangan dari luar kafe....

Antara menu yang ada...ada statement halal kat bawah tu...

Antara cenderamata yang dijual disini, pelbagai jenis topi...

Patung kecil begini juga ada...

Poskad pon semestinya ada...

Dan pelbagai jenis bentuk fridge magnet...


3:00 PM : Great Ocean Road. 
Mempunyai jarak 243 km merangkumi dari Torquay ke Allansford sememangnya menjanjikan pemandangan yang begitu indah betul-betul disebelah laut yang luas. Apollo Bay satu daripada kawasan yang terdapat di sepanjang Great Ocean Road. Jadi, sememangnya kami banyak juga berhenti untuk ambil gambar.

Laut sini memang cantik, cantik sangat...
Menjadi kebiasaan, turun je kereta semua keluarkan kamera masing-masing...


Cewah, Nano dan Panda...

Rusydi pon semestinya nak bergambar juga...



Tuan blog pon nak juga la...

Antara pemandangan yang boleh dilihat, cantik sangat...

Rusydi selfie jer, Azzam dan Panda ambil gambar pemandangan tepi tebing nie...

Ayuh kita selfie...

Tak tahu la Rusydi tengok apa tu...

Nano yang nak berhenti dan bergambar tepi jalan nie...


4:15 PM : Memorial Arch-Eastern View. 
Memorial Arch adalah monumen simbolik bagi memperingati 3000 orang tentera yang pulang selepas peperangan dunia pertama (WW1) untuk membina Great Ocean Road sekitar tahun 1918 sehingga 1932.

Monumen patung melambangkan pekerja yang bersusah payah membina Great Ocean Road ini...

Boleh nampak tulisan 'Great Ocean Road' di belakang tu...

Panda kata dia tolong 'support'....

Memang panas waktu ini, tetapi kena selfie juga la...

Ambil kesempatan juga bergambar dengan monumen patung nie...

Antara sedikit sebanyak kisah yang dicatatkan mengenai Great Ocean Road ini...

Lagi catatan ringkas mengenai pembinaan 'Great Ocean Road'...


5:40 PM : Geelong Mosque. 
Kami berhenti rehat dan solat disini sebelum meneruskan perjalanan ke tempat penginapan untuk hari kedua. Disini jikalau hendak melepas 'hajat' memang selesa sebab tandas disini ada 'hand bidet' seperti mana tandas di Malaysia. 

Pandangan luar "Masjid Geelong" ini...

Antara rekabentuk dalaman masjid...

Lepas solat sempat la selfie...

Pandangan masjid dari sisi depan...


8:30 PM : Pathfinder Motel, Cotham Road, Kew. 
Tiba di tempat penginapan kami berlima bagi dua malam berikutnya. Reka bentuk dalaman yang agak lama dengan kelengkapan seperti penghawa dingin dan TV. Dua malam disini untuk kami berlima berharga lebih kurang 390 AUD. Sarapan pagi dan private parking secara percuma turut disediakan.

Bilik design lama, terasa seram tapi boleh je la nak tidur tu...


9:15 PM : Coles dan makan malam. 
Selepas bersiap mandi semua, kami bergegas ke Coles, satu daripada pasar raya yang masih beroperasi dan tutup agak lewat. Di kawasan pinggir bandar ini, kedai kebanyakkan tutup awal. Jadi waktu malam memang terasa agak sunyi. Barang keperluan disini memang murah (jangan tukar kepada RM). Untuk makan malam, kami makan mee segera lagi.

Elok-elok tengah berbincang nak beli apa, Rusydi je perasan aku datang selfie...

Panda cakap 'Nutella 750g nie 5 AUD je', murah katanya...

3 daripada kopi nie aku punya, memang sedap...

Maggie tu bawak dari Malaysia, bekas putih beli dekat Coles tadi...


HARI KETIGA (3/11/2018)

9:00 AM : (Sarapan) Pathfinder Motel. 
Bangun pagi dan sarapan telah disediakan. Roti, susu, jus buah, kopi dan bijirin yang menjadi pilihan. Makan selagi boleh sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Breakfast ala orang putih la, makan roti dengan jem dan bijiran serta susu dan jus buah oren...


11:15 PM : Warrook Farm, Monomeith. 
Tempat ini adalah ladang penternakan pelbagai jenis haiwan antaranya kangaroo, koala, wombat, kambing biri-biri, alpaca, unta, keldai dan banyak lagi. Kami dibawa mengelilingi sekitar kawasan ladang dan demonstrasi mencukur bulu kambing biri-biri juga boleh disaksikan disini. Kami juga dibenarkan untuk memerah susu lembu disini dan juga berinteraksi dengan haiwan-haiwan disini. Harga tiket masuk bagi seorang dewasa beserta tour adalah 30 AUD.

Welcome to 'Warook Farm'...

Peta Warook Farm, besar juga sebenarnya...

Kambing ini menyambut kedatangan kami semua...

Aku nak tengok kamera, tak perasan dah kebawah dah kepala lembu tu...

Lembu nie memang besar gila...

Sesi memerah susu dimulakan dengan Panda...

Diikuti dengan Azzam dan Nano...

Aku nak perah juga semestinya...

Diakhiri dengan Rusydi yang segan-segan disitu...

Selfie satu dengan lembu besar tadi...

Kami punya tour guide selepas sesi demo cukur bulu kambing biri-biri...

Bulu yang dorang pegang ni, fresh baru lepas kena cukur...

Tengok tu, banyak juga bulu kambing biri-biri seekor lepas kena cukur...

Anjing ini namanya 'Rocky' dan dialah yang mengejar gerombolan kambing biri-biri mengikut arahan tuan dia...

Ambil kesempatan selfie semua dengan kangaroo...

Sambil bagi makan kangaroo...sempat la ambil satu gambar...

Rusydi pon bagi makan...

Panda ajak selfie dengan kangaroo tu...pandai pula dia tengok talipon tu...

Candid la gambar nie, Azzam bagi makan juga...

Dia pegang tangan Nano tu...

Boleh la Nano nak selfie juga tu..menyempat jer...

Happy je Rusydi dapat bagi makan kangaroo tu...

Koala ni tengah tidur, jadi dia tak respon la kami panggil pon...

Burung kakak tua pon ada...

Alpaca pon ada semestinya...

Pony pon ada, kuda kecil...

Jinak je kuda ini...

Burung Merak pon ada...

Deer ataupon Rusa pon ada...tapi ni kecil jer...

Kambing yang bulu dah tutup mata dia...

Kambing biri-biri yang tenung je kami dari jauh...

Itik yang datang secara berkumpulan...

Unta tu ingat Rusydi makanan ke?...

Unta tadi masih tertarik dengan Rusydi juga..haha...

Azzam dan Panda ambil gambar dengan pony jinak nie...

Panda tunjuk pemnumbuk tapi unta ni rilek jer...haha...

Unta dah behave, boleh la Rusydi dan Nano ambil gambar tanpa risau...

Unta tu senyum nampak gigi la...

Betul ke tidak usap bawah dagu unta itu pon tahu la...

Selfie latar belakang signboard "Warook Farm" nie...

Antara Panda, Rusydi dan Nano, tak tahu la siapa yang pegang dengan betulnya..haha...


1:45 PM : Kebabs Cafe, Pakenham. 
Semestinya perut lapar selepas puas bergambar dengan pelbagai jenis haiwan disamping meneroka di seluruh pelusuk ladang sebentar tadi. Makan kebab di Pakenham adalah menu makan tengahari kami semua.

Pandangan dari luar kafe...

Antara menu yang ada di kafe ini...

Semua sibuk makan, lapar betul agaknya...

Besar kebabnya, memang kenyang betul...


4.30 PM : Middle Brighton Seaside. 
Masa petang dihabiskan dengan berjalan-jalan di tepian laut. Banyak checkpoint berhampiran laut sebenarnya, jadi kami cuma pilih satu dan bersiar-siar sekitar Royal Brighton Yacht Club. Semestinya banyak betul kapal layar yang boleh dilihat sekitar sini.

Selfie dulu, banyak kapal layar belakang tu...

Antara pemandangan sekitar pantai...

Ramai juga yang "Kite Surfing' disini, surf pakai kuasa angin ombak...

Suka la gambar kapal layar belakang ini...

Sebab ada kelab kapal layar sekitar sini, memang banyak la kapalnya...

Cantik je tersusun kapal layarnya...

Nampak tak kapal layar tu....

Nano dengan spec hitam dia tu, hensem habis...


5.55 PM : Huntingdale Mosque. 
Berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan. Masjid ini agak tersorok dari pandangan awam. Kena cari betul-betul baru jumpa. Rasanya masjid ini diuruskan oleh komuniti Bangladesh yang menetap disini. Kami pulang ke motel selepas selesai solat disini dan makan malam di motel sahaja dengan bekalan yang ada. 

Rekabentuk dalaman Masjid Huntingdale nie...

Rekabentuk luaran macam biasa sahaja...

Ada pengajaran Sirah la, bagus betul...


HARI KEEMPAT (4/11/2018)

9.30 AM : Carlton Garden, Melbourne. 
Kami kembali ke CDB hari ini. Sebelum meneruskan aktiviti hari ini, ambil angin pagi dan bersiar-siar di sekitar bandar dan taman. Sampai sahaja pada hari pertama, kami terus keluar dari bandar, hari ini baru ada peluang untuk bersiar-siar di bandar.

Sekitar pemandangan di Carlton Garden pada waktu pagi...

Ajak selfie dulu satu tapi Nano tutup mata pula...

Taman ada banyak la burung merpati nie...

Nano memang suka gambar melompat nie...

Nie Burung Camar kan...
Bersih je taman nie, cantik pon cantik...



Memang saja nak candid selfie dengan korang semua...


10.00 AM : (Journey to) Victoria Market. 
Selepas parking kereta, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki dan menaiki tram sahaja. Untuk menaiki tram, harus mempunyai kad Myki (seperti kad Touch N' Go) yang boleh dibeli di 7Eleven dengan harga 6 AUD. Kami tambah nilai 20 AUD untuk kegunaan tambang tram dan kereta api pada hari terakhir nanti.

7Eleven disini juga menjual minyak kereta...

Kad myki...

Tram yang meyusuri pelusuk bandar...

Complex juga map tram nie, banyak intersection, ada free ada berbayar...

Selfie la tak pernah naik tram kan...


10.20 AM : Queen Victoria Market, Melbourne. 
Tempat ini adalah satu daripada tempat tarikan untuk membeli belah. Terdapat pelbagai jenis barangan daripada baju, kasut, topi, cenderahati, lukisan, keychain, fridge magnet, patung dan sebagainya. Disini adalah tempat kami menghabiskan duit. Tempat ini berhampiran dengan Victoria Market Seafoods. Jadi banyak juga makanan laut yang dijual disini.

Welcome to Queen Victoria Market...

Pelbagai jenis beg ada dijual...

Pelbagai jenis topi...

Pelbagai jenis t-shirt dengan harga 5 AUD sahaja...

Pelbagai jenis patung, koala, wombat, kangaroo dan banyak lagi...

Lukisan yang besar macam nie pon ada jual...

Memang banyak barang, rambang mata...

Kalau tak silap, koala besar nie harga 100 AUD....

Banyak la dorang nie borong...2 3 plastik beg tu...

Berjalan menuju ke pasar basah pula, dekat sahaja...

Tiram mentah dijual untuk terus dimakan mentah juga, haha...

Lobster dan pelbagai jenis makanan laut turut dijual...


1:50 PM : Chinger Biang Biang Noodle. 
Lepas puas berjalan-jalan hampir keseluruhan kedai di Victoria Market, jadi perut pon semestinya lapar. Makan tengahari kami semua di restoren chinese cuisine ini. Makanan memang banyak dan boleh tahan sedap juga.

Gambaran luar kedai Chinger Biang Biang Noodles nie...

Nano pening nak pilih nak makan apa tu...

Akhirnya dia makan mee dan aku makan nasi goreng jer...

Sorry Rusydi dan Azzam gambar korang tak nampak, backlight la...

Makanan Panda tak sampai lagi waktu nie, nasi dan mee tu memang banyak sangat...


2.55 PM : Melbourne Madinah. 
Disini adalah tempat kami berhenti rehat dan solat. Bangunan kecil menjadi tempat tumpuan untuk melaksanakan solat seperti surau. Rasanya, bangunan ini diurus oleh pelajar beragama islam yang menetap disini.

Mengikut google bangunan namanya Melbourne Madinah...

Nie pintu masuk, kecil sahaja bangunan disini...

Dari pandangan luar, ada juga sedikit graffiti disitu...


4.00 PM : (Check-in) AirBnB. 
Kami sewa dua hari di kondo sederhana besar ini. Dilengkapi dengan dua bilik, satu bilik air serta dapur dan mesin basuh. Semestinya dengan adanya dapur dan mesin basuh, boleh kami semua memasak, basuh baju kotor dan terus keringkan baju. Harga untuk dua hari kami menetap disini lebih kurang 392 AUD. (Maaf, lupa nak ambil gambar AirBnB).


4.30 PM : Federation Square Melbourne. 
Perjalanan diteruskan ke Federation Square dengan menaiki tram. Tempat ini adalah tempat tumpuan dengan senibina bangunan yang unik. Terdapat juga deretan kedai makan disini, malah banyak event seperti gathering juga berlaku disini.

Bangunan Gereja St Paul Catheral...

Antara bangunan dengan rekabentuk yang menarik disini...

Kereta kuda juga ada disini...

Lagi pemandangan sekitar Federation Square ini...

Ada perkhidmatan feri jika nak menikmati pemandangan sambil menyusuri sungai...

Semestinya cafe terapung juga terdapat disini...

Disebabkan aku rasa jambatan ini cantik, suruh dorang semua beratur depan jambatan nie...

Cantik pemandangan sekitar sini dan sememang agak sibuk, ramai orang...

Lagi gambar feri...

Kalau tak hati-hati boleh jatuh dalam sungai tu...

Sekali sekali posing tak tengok camera...

Design jambatan ini pon cantik, bawah tu ada cafe sebenarnya...

Ini candid jer, pandai pulak dorang bersandar dekat situ...

Cantik design jambatan ini dengan berlatarbelakang bangunan-bangunan tinggi...

Sambil-sambil berehat atas jambatan tu, ajak selfie satu dua...

Memang penuh cafe terapung tu, weekend memang ramai la...

Jalan-jalan makan angin dan dating juga rasanya sesuai disini....

Simpang empat dihadapan gereja ini memang sibuk...

Nak selfie masa kereta kuda lalu, tapi dapat pemandangan cantik bangunan belakang itu pon jadi la...

Nano, Rusydi dan Shan berlatar belakang gereja, nampak la oversea tu...

Dari sudut pandang secara dekat gereja tadi...

Memang cantik dan unik senibina bangunan disini...

Sir Redmond Barry Statue, founder of the Victoria State Library...

Lagi antara design menarik...

Panda dan Rusydi depan Victoria State Library...

Nano posing dengan gaya bersahajanya...

Shan dan Panda bergambar sambil Panda menggelongsor jatuh...

Antara statue lain sekitar kawasan sini...

Ini hasilnya selfie Rusydi dan statue itu tadi...


HARI KELIMA (5/11/2018)

10.15 AM : Etihad Stadium (Docklands Stadium), Melbourne. 
Selepas selesai sarapan pagi, kami bergegas untuk memulangkan kereta sewa sebelum pergi ke tempat lawatan hari ini iaitu Etihad Stadium. Stadium ini juga dikenali dengan nama Marvel Stadium. Sayangnya, ketika kami datang, stadium ini tutup dan kami hanya dapat lihat stadium dari luar sahaja. Memang cantik senibinanya.

Marvel Stadium dan Southern Cross Station dihadapannya...

Berjalan ke arah stadium...

Southern Cross Station...

Design kondo disini...

Tak tahu ini bangunan apa, tapi cantik la...

Dah sampai depan Marvel Stadium...

Ambil gambar kenang-kenangan...

Rusydi pon nak ambil gambar juga...

Nano tidak ketinggalan featuring Panda ditepi tu...

Panda nak tengok tiket, tapi tutup, tiada orang...

Nano dapat tengok stadium dari jauh sahaja...

Sekitar pemandangan dalaman stadium Marvel ini...

Aktiviti menyelenggara stadium ini dapat dilihat dari jauh sahaja...

Ada la juga kenangan berlatar belakang stadium ini...bukan main Rusydi silang kaki tu...


11.30 AM : University of Melbourne. 
Disebabkan stadium tutup, jadi kami pon meneruskan perjalanan ke Universiti Melbourne. Disebabkan sistem pengangkutan awam disini sungguh efisien, jadi memang mudah untuk sampai ke tempat ini. Kami menghabiskan masa bersiar-siar menikmati pemandangan di sini.

Directory Universiti Melbourne...

Satu daripada senibina bangunan menarik disini...

Nano letih berjalan, jadi dia rehat sekejap...

Nak juga ambil gambar depan bangunan ini...

Panda pun letih berjalan, rehat dulu...

Bangunan ini namanya University House, sempat je masuk dan posing sebelum aku ambil gambar...

Senibina klasik macam tu, cantik...

Pandangan laluan pejalan kaki, redup sahaja...

Sekitar pemandangan dari aras tanah dan rumput....

Nampak lega je muka Nano dapat duduk rehat tu...

Nak ambil gambar Nano dan Rusydi, Panda photobomb pula kat belakang tu...
Muka letih semua mungkin kerana lapar...
Nano suka bergambar dengan bunga dibelakang itu...

Tapi aku rasa bangunan belakang ini yang cantik, jadi kena ambil gambar la...

Rumput pon lembut sahaja, jadi Nano posing duduk la senang...

Dan kami pon selfie lagi la walaupon semua memang dah lapar waktu nie...

Panda demo dekat Rusydi cara betul untuk buat pull-up...


1.00 PM : Nasi Lemak House, Melbourne. 
Makan tengahari kami adalah nasi lemak, makanan kegemaran orang Malaysia semestinya. Dari universiti, kami menaiki tram ke sini sambil menikmati akan keindahan Bandar Melbourne. Sedap juga nasi lemak yang disediakan. Boleh pilih tiga jenis sambal, tradisional (pedas), kelantan (masam manis) ataupon kerabu (rasa limau sikit).

Sekitar pintu masuk dan boleh nampak signboard Nasi Lemak House tu...

Selain nasi lemak, terdapat juga menu lain...

Semua tengah fikir nak makan nasi lemak lauk apa la tu...

Aku makan Nasi Lemak, sambal tradisional tambah rendang daging berharga 13.8 AUD...

Menu dan harga penuh boleh tengok disini...


2.10 PM : Melbourne Museum. 
Destinasi seterusnya adalah muzium Melbourne. Untuk dewasa, bayaran tiket masuk adalah 15 AUD seorang. Serius, muzium ini memang teramat besar dan terdapat pelbagai benda bersejarah dipamerkan. Muzium dua tingkat ini memaparkan dinasour, serangga, hidupan laut, hutan belantara, batu berlian, anatomi manusia, kajian minda dan emosi manusia, kaum etnik di Australia dan sebagainya. Terdapat pameran yang menggunakan skrin LCD serta animasi menjadikannya lebih menarik dan lebih interaktif.

Azzam dan Panda tengah beli tiket...

Senarai harga tiket masuk ke muzium...

Harga tiket untuk dewasa adalah 15 AUD seorang...

Replika kapal terbang masa mula-mula penciptaannya...

Ikan paus terbang dan tergantung....

Nano dan tulang dinasour...memang besar dan panjang tu...

Serius, memang besar...

Antara penemuan fosil ikan jerung besar...

Tak tahu la skala benar atau tidak, tetapi replika dinasour tu sememangnya besar...

Ini adalah antara satu daripada penemuan galian batu...

Boleh lihat, pelbagai jenis batu dan galian..

Mesolite nama jenis batu nie...

Ini pula bahagian binatang...

Memang banyak replika pelbagai jenis binatang dalam muzium ini...
Panda jumpa geng dia...panda juga...

Tak tahu la apa nama binatang ini, ambil gambar sahaja...

Okay, yang ini beruang ais...

Boleh lihat betapa banyak replika haiwan disini...

Pandangan panorama sekitar kawasan pelbagai jenis haiwan...

Ini pula perbezaan burung yang nampak sama tetapi lain sebenarnya...

Antara dekorasi menarik dalam muzium ini,

Replika kereta yang digunakan waktu dulu...

Satu daripada corak topeng natif yang terdapat di Australia ini...

Antara paparan yang terdapat di bahagian minda...

Tram pada awal penciptaannya...

Model kapal besar yang digunapakai suatu ketika dahulu, Orchades ship namanya...

Televisyen lama dalam kabinet...

Belakang Panda itu adalah 'Coat Of Arms Of Australia'...

Mungkin ini adalah design rumah dahulu kala di Australia ini...


HARI KEENAM (6/11/2018)

7.30 AM : Pulang ke Malaysia. 
Awal pagi kami bersiap untuk pulang hari ini. Kami menaiki tram, kemudiannya kereta api dan bus untuk ke Melbourne Airport dari tempat tinggal kami. Cuaca memang sejuk ditambah pula hujan gerimis. Tiket bas dari pickup location Southen Cross Stations ke airport berharga 19 AUD seorang. Tambang kereta api guna lebihan baki kad Myki sahaja. Alhamdulillah, pada 10.35 pagi kami berangkat pulang ke tanah air dan selamat sampai sekitar jam 5.30 petang pada waktu Malaysia.

Selfie dengan Panda sebelum naik tren...

Sampai di Southern Cross Station...

Hampir-hampir tersalah naik bas, nasib baik dapat petunjuk...

Selamat naik bas menuju ke airport...

Antara pemandangan sepanjang perjalanan ke airport...

Design jambatan ini pon cantik...

Dah sampai airport, cuaca lepas hujan...

Selfie saat-saat terakhir sebelum meninggalkan Australia...

Dah nampak dah kapal terbang yang akan kami naik pulang ke Malaysia...

Selfie menuju pulang ke Malaysia...selamat tinggal Australia...


Duit & Perbelanjaan

Comel je patung kangaroo tengah yang pakai topi koboi tu...

1 - Tiket Flight dari Kuala Lumpur ke Melbourne (pergi balik) berharga RM 769.80. Murah sebab kami beli setahun awal ketika promosi MATTA Fair dan ketika planning trip ke Medan tahun 2017.

2 - Tukar duit RM 1500 ke AUD untuk kegunaan disana. Kadar ketika tukar sekitar 1 AUD bersamaan dengan RM 2.98. Duit digunakan untuk makan, pengangkutan awam dan membeli belah. Semestinya, nak beli barang banyak kena bawa duit banyak la. Saya masih mempunyai lebihan wang AUD ketika pulang ke sini.

3 - RM 920 untuk bayaran-bayaran lain merangkumi, hotel, kereta sewa, tiket dan makanan yang kami bahagikan duit untuk kegunaan bersama-sama.

4 - Secara total, saya menghabiskan sekitar RM 3000 untuk perjalanan 6 hari 5 malam di Melbourne ini. Tetapi, perjalanan yang dirangka setahun awal, jadi boleh simpan duit dahulu semestinya. Tiada penyesalan disitu, sebab setahun sekali untuk merantau tempat orang, apa salahnya. 


Pandangan, Pemerhatian & Pengalaman

'Yeah...dah pernah sampai Australia...!!!'

1 - Secara jujurnya, Melbourne memang bersih. Kawasan luar bandar memang bersih dan hijau. Bandar juga bersih pada pemerhatian saya. Koridor dan kaki lima memang terjaga.

2 - Kawasan luar bandar, Great Ocean Road contohnya, memang cantik sangat sangat. Memang tenang rasanya.

3 - Pengangkutan awam di Melbourne memang bagus. Boleh bersiar-siar sekitar bandar dengan menggunakan tram saya rasa. Tambahan, disini  memang sedikit penggunakan motosikal. Kebanyakan masyarakat disini guna kereta atau basikal. Malah, untuk ke airport juga terasa dekat dari bandar, kurang 30 minit boleh sampai.

4 - Penduduk disini memang ramah dan mesra. Ada staff pegawai airport yang datang bertanya kepada kami tatkala melihat kami tercari-cari arah. Malah, ucapan seperti "Have a good day" ketika selesai membuat bayaran di kaunter seperti menjadi kebiasaaan.

5 - Rumah dan taman disini memang disusun rapi. Jikalau melalui kawasan perumahan, terasa begitu teratur susunan rumahnya justeru menjadikan kawasan kejiranan sungguh cantik.

6 - Sebaik-baiknya, visa perlu diselesaikan 3 bulan sebelum percutian. Ini bagi membolehkan langkah-langkah sepatutnya boleh diambil untuk meluluskan visa. (Saya buat dua kali visa, kali kedua baru lepas).

7 - Kami sangkut sebenarnya di imegresen sebelum keluar dari airport. Jadi untuk mengelakkan perkara ini, adalah digalakkan untuk check-out berasingan secara individu berbanding keluar secara berkumpulan.


Penghargaan dan Terima Kasih

Terima kasih banyak-banyak guys...!!!

Setinggi-tinggi jutaan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada empat sahabat dan rakan yang sudi bersusah payah menguruskan segala perkara daripada survey dan tempah tiket flight, merancana perjalanan disana, mengurus dan menempah tempat penginapan, mencari kedai halal untuk makan, masjid atau surau untuk solat serta tidak dilupakan kepada anda yang menahan mata untuk memandu dari bandar ke pinggir bandar dan kembali semula ke bandar. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan atas usaha dan kerjasama anda semua. Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke Melbourne, Australia.

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada :

1 - Zulkarnain Mokhtar (Nano)
2 - Rusydi Buchek (Rusydi)
3 - Fitry Shukor (Panda)
4 - Azzam Razali (Azzam)

InsyaAllah, ada rezeki tahun-tahun mendatang kita mengembara ke tempat lain pula semestinya. Terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih juga kepada anda yang sudi berkunjung ke blog keramat ini. Semoga bertemu dalam entri-entri akan datang. Sekian, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...