Sunday, March 10, 2019

TEMUDUGA PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI DH41


Assalamualaikum wbt, alhamdulillah bertemu lagi kita dalam entri terbaru. Seperti yang tertera dekat tajuk, suka untuk saya berkongsi pengalaman saya menjalani temuduga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi gred DH41 pada penghujung Januari 2019 yang lalu. 

Sedikit sebanyak tips turut saya kongsikan untuk anda yang mungkin sedang bersedia untuk ditemuduga bagi jawatan ini. Semoga bermanfaat.

Panggilan Temuduga

Hebahan Temuduga (Credit Gambar : www.spp.gov.my)

Saya hanya menerima satu sms ringkas memberitahu untuk menyemak akan maklumat temuduga di laman web SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). Selepas menyemak, dapat panggilan interview pada 29 Januari 2019 dan bertempat di pejabat SPP di Putrajaya.

Seperti yang tertera dalam gambar, temuduga untuk jawatan ini terbahagi kepada enam bidang dan memandangkan di universiti saya belajar elektrik, jadi bidang berkaitan dengan saya semestinya Kejuteraan Elektrik dan Elektronik.


Pagi Temuduga

Pas Pelawat

Sesudah subuh saya bergerak dari tempat tinggal ke Putrajaya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit daripada Kerinchi ini. Tips pertama, gerak awal ke tempat temuduga untuk memastikan anda bersedia untuk perkara yang tidak diduga seperti mencari dimana lokasi sebenar bilik temuduga.

Tiba sekeitar jam 7.15 pagi di sekitar bangunan SPP, saya harus mendapatkan pas lawatan untuk masuk. Semestinya sudah begitu ramai calon lain yang turut beratur sama.


Sebelum Temuduga Bermula

Sediakan Dokumen Yang Diperlukan Sebaiknya (Credit Gambar : bcn4u.net)

Selepas ambil pas pelawat dan berpandukan tunjuk arah untuk ke bilik interview, saya antara orang yang terawal sampai bagi kumpulan saya. Bagi temuduga jawatan PPPT DH41, terdapat 14 orang tersenarai sekumpulan dengan saya dan terdapat enam kumpulan keseluruhannya. Rasanya kumpulan ini dibuat mengikut jurusan pembelajaran di universiti.

Kami diberitahu temuduga akan dijalankan secara berkumpulan iaitu 4 orang setiap sesi. Tips kedua, jika anda mahu pulang awal dan ditemuduga awal, maka tandatangan kedatangan anda seawal mungkin dan sijil serta dokumen anda akan diperiksa. Anda akan berada di sesi pertama sekali untuk kumpulan anda. Itulah yang saya lakukan, sebab saya memang nak pulang awal, malas tunggu sehingga tengahari.

Tips ketiga, jika anda mahu tahu apakah soalan yag ditanya oleh panel temuduga, lewatkan tandangan anda agar selepas kumpulan pertama selesai ditemuduga, maka tanyalah mereka apakah soalan yang ditanya.


Sesi Temuduga

(Credit Gambar : photo by rawpixel on Unplash)

Ini adalah senarai soalan yang ditanyakan kepada saya dan tiga orang calon lain. Kami semua ditemuduga oleh dua orang penemuduga, seorang Dato' yang mewakili jabatan SPP manakala seorang lagi puan yang mahir berkaitan bidang yang ditemuduga (elektrik dan elektronik). 

Saya kongsi secara umum sahaja, kerana jawapan semestinya berlainan. Harus diingatkan juga bahawa soalan mungkin berbeza-beza ditanya untuk sesi temuduga lain. Soalan yang kami semua terima adalah seperti berikut:

1 - Sila Kenalkan Diri Anda
Soalan klise yang ditanyakan. Namun kami diberi syarat untuk mengikut format sepertimana yang diinginkan oleh penemuduga agar tak melarat dan melalut. Formatnya adalah seperti berikut; nama, asal, umur, menetap dimana, bekerja atau masih belajar dan degree dalam bidang apa secara spesifiknya.

2 - Sebab Apa Memilih Jawatan Sebagai Pensyarah?
Disebabkan ini soalan terbuka, jadi jawapan juga luas semestinya. Terpulang bagaimana anda untuk menjawab soalan ini. Ada yang kata minat tak kurang juga yang kata kerja kerajaan ini lebih terjamin. Jadi terpulang kepada anda.

3 - Pendapat Anda Tentang Diskriminasi Kerja atau Cabaran Kerja
Satu lagi soalan terbuka. Soalan ini lebih kepada pengalaman. Jika anda belum bekerja dan tidak mempunyai pengalaman kerja, ceritakan pengalaman orang lain. Pastikan anda menjawab soalan dan jangan terlalu lama bercerita takut penemuduga bosan.

4 - Soalan Teknikal
Ini adalah soalan yang ditakuti oleh kami semua. Sebagai persedian, haruslah anda refresh ilmu-ilmu yang telah dipelajari ketika di universiti dahulu. Soalan yang kami dapat hari itu, lebih berkisarkan tentang elektrik dan elektronik dan soalan berbeza mengikut pengkhususan pembelajaran. Penemuduga lebih bertumpukan soalan berkaitan dengan projek akhir tahun kami semua. Jadi, boleh la bersedia apa yang sepatutnya.


Tamat Sesi Temuduga


Muka Lega Sebab Sudah Selamat Ditemuduga

Itu sahaja soalan yang ditanya kepada kami semua. Hampir 40 minit juga kami semua ditemuduga. Semestinya, temuduga berkumpulan mengurangkan rasa debar namun jika saingan anda itu orang yang yakin dan pintar berkata-kata, maka anda harus pandai mengambil kesempatan untuk bercakap.

Selepas temuduga, sedikit briefing untuk menyatakan pakaian yang harus dipakai ketika lapor diri, jika berjaya. Keputusan akan diberitahu sebulan selepas tarikh temuduga melalui emel dan boleh juga disemak di laman sesawang rasmi SPP.

Tamat sudah entri untuk kali ini. Harap berguna kepada anda yang mungkin bersedia untuk ditemuduga untuk jawatan ini. Akhir kata, selamat berjaya dan assalamualaikum.  

102 comments:

  1. tumpang tanya, berapa syarat untuk mohon jawatan ini? klau pointer bawah 3 , mmg kena reject ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak pasti akan perkara ini, tetapi semestinya pointer juga mempengaruhi pada pendapat saya.

      Delete
  2. Rph kena bawak ke macam mana? Ke xpayah bawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu. Bawa RPH, bawa segala checklist yg dah diberi.

      Delete
    2. Saya tak pasti RPH tu apa, mungkin bidang saya berbeza, tetapi ada checklist yang akan diberi dan perlu dibawa untuk menghadiri temuduga jika terpilih. Tetapi jangan risau, jika ada dokumen yang tak lengkap, boleh berusan dengan pegawai disana. Good luck.

      Delete
  3. Tak silap minimum kene 3 pointe ke atas skrg nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak silap saya, tidak dinyatakan bahawa pointer perlu atas 3. Cuba sahaja, mana tahu ada rezeki.

      Delete
  4. Tuan, senang nk llus x iv spp? Tuan berjaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada penemuduga sebenarnya. Saya tak akan cakap senang, tetapi perlu bersedia yang mana berkaitan sepermana saya kongsikan di atas. Berjaya atau tidak, nanti entri akan datang saya kongsikan.

      Delete
  5. saya nak tanya, adakah interview ni ada stage? maksud saya tidak ada mock teaching ke? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interview yang saya pergi ini tidak ada stage. Hanya sekali interview sahaja. Jika anda berjaya, anda akan dihubungi melalui email ataupon panggilan talifon sepertimana yang diberitahu kepada kami semua selepas selesai sesi interview.

      Delete
  6. Ade sesiapa yang dpt interview 31/7 ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada dapat. 29/7 2019 ni.

      Delete
    2. Sy dpt tarikh 31/7 ni... Sy bidang keusahawanan...awk semua bidang apa ye

      Delete
    3. sy bidang undang-undang.. nk buat group ke? =)

      Delete
    4. Sy kjuruteraan kimia..iv 31/7..group?blh j

      Delete
    5. bagi emel awk.. sy bgi no.

      Delete
    6. saya 31/7 juga.. keusahawanan

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. https://chat.whatsapp.com/Ep25lxeGlI9DfM3U7oXC68

      Delete
    9. Good luck dan semoga berjaya kepada anda semua.

      Delete
    10. Hi...saya pon...ada sesiapa sini course biotech??

      Delete
    11. hi semua. macam mana kita nak tau kita dpt kos apa? sbb tak tertulis apa2 dlm surat tawaran

      Delete
    12. Saya dapat iv 31/7,kos mechatronic engineering

      Delete
    13. sapa2 cost Elektrik Power boleh roger2..buat group..:)

      Delete
    14. . Farah Fazira dalam surat tawaran xda tulis apa2? kita sama

      Delete
    15. saya pun 31/7 ni,saya belajar bidg pemasaran,tapi temu duga ni saya pun xtau bidang apa yg nak diinterview ni.

      Delete
    16. ada sesiapa dapat kos manufacturing engineering?

      Delete
    17. salam semua.. saya pun akan ada interview pada 31/7 ni.. tapi macam mana ya saya nak tahu kos apa yang ditawarkan? terima kasih in advance..

      Delete
    18. Sy pon ade interview utk 31/7 ni. Soalan yg sm jg mcm mn nak tahu kos ape yg kite dpt?

      Delete
    19. Nak join boleee ? Sy 31 julai. Pemasaran

      Delete
    20. Saya pun bidang pemasaran , dah ada group ws kaa

      Delete
    21. boleh join group? sy pun interview 31/7

      Delete
    22. boleh join x? iv 29/7 nih.kejuruteraan kimia

      Delete
    23. SAYA...mcm mana tahu bidg yg ditawarkan...(tiada dlm surat temu duga)

      Delete
    24. Sape² kos manufacturing eng iv 29/7 ni?

      Delete
  7. terima kasih kerana menulis entri ini, ianya penuh info. jika tidak keberatan utk menjawab..saya ada 1 soalan, adakah tuan berjaya dapat jawatan ini? jika dapat, dimana penempatan nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali kerana sudi membaca. Harap dapat memberi manfaat. Keputusan temuduga akan saya kongsikan dalam entri akan datang. Nantikan yer.

      Delete
  8. Kalau blh sy thu..awk llus x..dan interview session tu dalam bhasa melayu atau english?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interview saya dalam bahasa Melayu. Kumpulan saya semua cakap bahasa Melayu. Sedikit tips untuk anda, jika penemuduga mulakan bicara dengan bahasa Melayu, sebaiknya balas dalam bahasa Melayu. Begitu juga sebaliknya. Lulus atau tidak, tunggu entri akan datang yer.

      Delete
    2. oo..trima kasih..tips2 yg sgt membantu..sy tggu next entri

      Delete
    3. Tyra saya kejuruteraan kimia.....

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Sebaiknya, sediakan resume anda serta dokumen lain selengkapnya. Saya sarankan anda bawa sahaja resume dan letakkan sekali dengan koleksi sijil-sijil anda. Semoga berjaya.

      Delete
  11. Hi. Ada yg course education x kat sini? RPH perlu bawa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis..Hye...education...kita sama...sis iv brapa hb...sy 23 julai...sama x

      Delete
    2. Hi, saya pun 23/7 . Tp bidang bahasa inggeris.

      Delete
    3. Princess & syasya, we'll be seinh each other tomorrow insyaAllah. Best of luck for both of you. Btw, sye TESL. Sama dgn syasya ke?

      Delete
  12. Hai..saya dpt 29/7 ni..bidang elektrik

    ReplyDelete
  13. salam...saya dpt 25/7 ini..bidang sistem pengurusan pejabat..boleh saya taw brpe lme mase yg dispendkan mse iv dan 4 org yg masuk skli dlm blik iv ni semua same bidang ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon iv 25/7 ni, bidang peruncitan

      Delete
    2. hai sy iv 25/7 jugak. bidang pentadbiran perniagaan. ada group ws ke?

      Delete
    3. Sama la.sy pgurusan pejabat..tp 23 julai ..hri selasa ni

      Delete
    4. hai, boleh share tak soalan iv hehe... saya pun pengurusan pejabat, iv esok (25hb).

      Delete
  14. Saya dapat interview 31/7/19 ni. Saya bidang keusahawanan. Saya tak pasti dalam list semakam tu ada RPH ke tak... Anyone boleh confirmkan saya? Contact saya di email saya please norfaiz.azliley28@gmail.com mungkin kita boleh gather2 then create group

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam senarai semak..tak perlu bawa rph.. yang perlu bawa rph untuk yang dapat tenuduga pegawai perkhidmatan pendidikan dg41.

      Delete
    2. Jommmm. Sy pun 31 julai nie. emel: wanaina.bukhari@gmail.com
      Ig : therealaynas

      Delete
    3. sy pon 31/7 bidang keusahawanan. email sy, nk join group jgk nursalwadiyana@gmail.com

      Delete
    4. sy pon 31/7 nak join group klu ada u_myra90@yahoo.com.my..
      bdg keusahawanan

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. En ni calon smpanan.k utk elktrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti calon simpanan ke apa. Saya hadiri temuduga macam orang lain sahaja.

      Delete
  17. Terima kasih atas perkongsian encik..

    ReplyDelete
  18. Sesape iv 31 julai nie ples invite me into ur group

    ReplyDelete
  19. Ada sesiapa yg iv 23/7/19 ni?

    ReplyDelete
  20. sesiapa bidang kejuruteraan pembuatan...email sy normazila2015@gmail.com tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kejuruteraan pembuatan . Iv 29/7 ni..awak iv tarikh yg sama?

      Delete
    2. sama saya..bilik berapa??

      Delete
    3. Sy izzat,kejuruteraan pembuatan..tarikh iv sama.

      Delete
  21. Saya Zakwan kejuruteraan Kimia. ada sapa sapa yang datang sini merupakan kejuruteaan kimia

    ReplyDelete
  22. Hai. Nak tanya ada tak sesape yang iv 24/7 (esok)? And boleh sesape bagi tips sikit x? Yang dah berpengalaman, fail wajib ke warna hitam? Kalau warna light grey boleh x? Resume kena bm atau dua2 bm n bi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga berjaya untuk interview. Fail tak kisah saya rasa, sebab ramai je bawak fail selain warna hitam. Resume saya dalam BI, tapi jika anda ada kedua-duanya bahasa lebih bagus, jika tidak, salah satu sudah memadai saya rasa. Goodluck.

      Delete
  23. Blh add sy dlm group sekali x. Ni no sy 0132235418. Nisa. Terima kasih byk2 kpd sape yg sudi add

    ReplyDelete
  24. Hi nak tnya. Semua sijil perlu dpt cop pengesahan ke? Saya iv 29/7 ni. Kalau ade grup boleh add saya tak? 0104042100

    ReplyDelete
  25. hye..saya pun interview hr rabu 31/7/2019..kod 1042..tapi saya xtahu utk kos ape..saya dari petroleum chemistry/petroleum engineeriing..kalo ada group wa saya nk join 01137695691..tq

    ReplyDelete
  26. Salam saya nak tanya pemaikain nametag tu wajib atau tak? Thank u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak wajib rasanya, tetapi lebih baik ada.

      Delete
    2. wajib rasanya..ada dlm pekeliling, boleh tgk kt laman web spp

      Delete
  27. hai sy pun sama ada interview hari rabu nie 31 julai 2019 ...kod 1042 tp x tau kos ape. sy dr seni reka fesyen....klu ade group bole sy join sekali...0192386929..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dapat kod 1042. belum tahu bidang apa. iv 31/10 ni. boleh kongsi dengan saya :)

      Delete
  28. Keputusan dah keluar ke? Saya pegi intview 24/7

    ReplyDelete
  29. Bila ye keputusan akan keluar? Any idea...nanti kalau dah keluar roger lar

    ReplyDelete
  30. salam tuan..tahniah atas perkongsian ini..sedikit sebanyak telah membantu sy ketika temuduga lepas pada bulan 7.semoga Allah merahmati hidup tuan. anyway mcma keputusan tuan IV tempoh hari? ada rezeki ke??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...