Tuesday, July 30, 2019

SHOPEE FINAL PIALA FA 2019 KEDAH VS PERAK


Assalamualaikum kepada anda yang sudi melawat ke blog rahishan.com. Semoga anda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya dan dipermudahkan atas segala urusan harian anda.

Entri kali ini amat ringkas. Seperti yang tertera pada tajuk, entri kali ini berkisarkan pengalaman saya menghadiri perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 diantara Kedah menentang Perak. Suka untuk saya kongsikan gambar dan suasana sekitar stadium.


Kini Aku Kembali Ke Stadium
Jersi Baru Beli...Mafla Kawan Punya

Rasanya kali terakhir saya ke stadium adalah ketika sekolah rendah. Itu juga kali pertama saya ke stadium, lebih tepat adalah Stadium Ipoh untuk menonton perlawanan pasukan Perak juga. Itulah kali pertama merasai suasana stadium yang bagi saya sungguh meriah. 

Namun, kali ini ternyata berganda kemeriahannya. Semestinya, perlawanan akhir menjanjikan suasana dan aura yang sungguh meriah. Bukan sahaja meriah dari segi kehadiran beribu-ribu penonton ke stadium malah meriah juga dari segi penjualan jersey, makanan dan sebagainya.


Datang Awal Ke Stadium
Bergambar Di Luar Stadium Dengan Gambar Pemain Jer

Hajat datang awal ke stadium adalah kerana untuk menebus tiket masuk. Kami beli tiket atas talian di laman sesawang Shopee pada 17 Julai 2019 dan berjaya mendapatkan dua keping tiket setiap orang. Satu keping tiket berharga RM 50.00.

Arahan mengatakan tiket perlu dicetak dan ditebus di stadium sebelum perlawanan. Maka saya dan rakan sekerja pergi awal pagi untuk tebus. Akan tetapi, tatkala sampai di stadium, penjaga kaunter memberitahu bahawa kami hanya perlu scan QR code sahaja untuk masuk, tiada tiket fizikal yang perlu ditebus.

Jadi, alang-alang dah datang, ambil kesempatan untuk bersiar-siar sekitar Stadium Bukit Jalil untuk melihat perlbagai barangan jualan. Ternyata memang begitu banyak jersey, baju, mafla, bendera dan sebagainya.

Antara Baju Sempena Perlawanan Akhir

Pemain Kedah Juga Ada Semestinya...

Bajet Macam Jumpa Member La...

Antara Deretan Khemah Yang Menjual Pelbagai Jersi

Siapa Tahu Mana Nak Dapatkan Mafla Perak Dua Dari Kiri Tu, Mohon Bagitahu Saya, Menyesal Tak Beli

Sayangnya, Perak Tak Comeback Untuk Perlawanan Kali Ini...

Meriah Khemah Yang Menjual Barangan Barangan Kedah...

Member Suruh Ambil Gambar, Katanya Lawa Background Nie...

Begitu Banyak Deretan Khemah Di Belakang Tu...


Ayuh Masuk Ke Stadium
Solat Maghrib Dahulu Sebelum Masuk Stadium

Disebabkan perlawanan mula jam 9.00 malam, maka sempat solat maghrib dahulu. Surau ada disediakan dekat dengan stadium. Selepas solat, baru boleh masuk stadium. Dinasihatkan untuk anda makan terlebih dahulu sebelum masuk ke stadium agar tidak lapar nanti.

Ayuh masuk ke stadium, dikatakan lebih 80 ribu penonton yang hadir pada malam itu. Begitu ramai dan sungguh meriah.

Selfie Dahulu Sebelum Perlawanan Bermula

Memang Penuh Daripada Bahagian Bawah Sehingga Keatas...

Antara Penyokong Perak Yang Hadir, Gambar Penyokong Perak Je...

Abang Pakai Baju Number 7 Pegang Kad Yang Bertulis 'I Love Mehmet'...

Lagi Gambar Penyokong Perak, Nun Jauh Di Sana Adalah Penyokong Kedah...

Lagi-lagi Gambar Penyokong Perak...

Nampak Pon Penyokong Kedah Dengan Warna Hijau Kuning...

Pasukan Polis Berarak Menunggang Kuda Mengelilingi Stadium Ketika Rehat Separuh Masa

Pandangan Saya Dari Bangku Penonton...Sepakan Percuma Ini Terkena Palang...

Saya rasa ramai tahu bahawa Perak kalah pada malam itu. Piala FA kali ini memihak kepada Kedah dengan kemenangan tipis satu gol berbalas kosong. Namun, saya tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh kedua-dua pasukan. 

Aksi berbalas serangan pada separuh masa kedua menyebabkan saya sungguh teruja. Sorakan diteruskan sehingga tambahan masa selepas tamat 90 minit permainan biasa. Namun, bukan rezeki Perak untuk membawa pulang Piala FA kali ini. Mungkin lain kali. Tahniah Kedah Juara Piala FA untuk tahun ini.

Walaupon Perak Kalah, Yang Penting Selfie Dahulu Sebelum Pulang...

Untuk mengakhiri entri blog kali ini, saya sediakan video "Viking Clap" yang telah mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records. Tepukan gemuruh ini telah disertai oleh seramai 80000 penyokong kedua-dua pasukan. Boleh rasa keadaan dimana satu stadium bergema dengan tepukan yang begitu gemuruh. 

Sekian, jumpa lagi dalam entri akan datang.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...